Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

Sumber makanan di seluruh Massachusetts barat

Sumber bagi mereka yang menghadapi kekurangan makanan dan kelaparan
Collegian File Photo
Collegian File Photo

COVID-19 telah menjejaskan setiap orang dalam komuniti ini dan di seluruh dunia. Kami mengumpulkan senarai sumber bagi mereka yang menghadapi masalah berkaitan makanan dan kelaparan pada waktu yang mencabar seperti ini. Artikel ini akan dikemas kini apabila lebih banyak sumber yang boleh diperolehi. 

Talian Hotline Project Bread’s Food Source menawarkan perkhidmatan bantuan percuma kepada seluruh penduduk Massachusetts yang terkesan dengan penutupan, ketiadaan gaji, bekalan makanan dan lain-lain. Bantuan ditawarkan dalam 160 bahasa dan talian bagi golongan yang bermasalah pendengaran. Mereka boleh dihubungi di 1-800-645-8333 dan untuk maklumat lanjut boleh didapati di sini.

Di kawasan Amherst

Amherst-Pelham Regional School menawarkan sarapan pagi dan makan tengah hari secara bungkus bagi keluarga yang mempunyai akses program nutrisi persekutuan. Maklumat lanjut mengenai lokasi dan masa boleh didapati di sini.

 

Center for Human Development’s Not Bread Alone juga akan menawarkan makanan bungkus pada setiap hari Rabu jam 4 petang dan hari Sabtu dan Ahad pada 12 tengah hari. Lokasi mereka adalah di tingkat bawah First Congregational Church of Amherst, 165 Main Street. Not Bread Alone tidak memerlukan maklumat atau pengenalan. Maklumat lanjut boleh didapati di Facebook atau laman sesawang mereka.

 

The Amherst Survival Center yang berada di 135 Sunderland Road di Amherst akan terus dibuka pada Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat bermula jam 11 pagi sehingga 3 petang. Makanan bungkus bersama beg makanan ringan, sedikit sayuran dan buahan serta roti akan diagihkan di luar setiap hari untuk setiap orang. Food Pantry juga dibuka pada waktu ini dan mengagihkan kotak pra-pasang dan pengehad kapasiti. Jika anda sakit, hubungi pusat ini dan mereka akan mengaturkan penginapan. Untuk keterangan lanjut boleh didapati di sini

 

The Food Bank of Western Massachusetts Mobile Food Bank telah menggantung semua servis sehingga 23 Mac untuk tujuan latihan langkah pencegahan COVID-19. Maklumat lanjut boleh didapati di sini di laman web mereka. 

Northampton

Northampton Farmers Market Food Delivery Service menghantar ke seluruh Massachusetts Barat dan menerima SNAP dan HIP. Pesanan boleh dilakukan sebelum hari Ahad pada 6 petang dan akan dihantar pada hari Jumaat minggu tersebut. Gunakan kod “FARMERS” untuk penghantaran percuma. 

 

Northampton Survival Center terletak di 265 Prospect Street dan Food Pantry di 40 Main Street akan menawarkan pengagihan di kawasan terbuka. Jawapan kepada soalan bagaimana untuk mendapatkan akses makanan, bagaimana untuk menjadi sukarelawan dan maklumat terkini boleh didapati di sini

Daerah Franklin 

Good Neighbors Food Pantry di Charlemont akan mengadakan pengedaran makanan secara berkala sebagai pengedaran secara pandu lalu pada hari Selasa, 17 Mac. Keluarga yang berdaftar akan menerima barangan di dalam beg secara terus ke kereta masing-masing.

 

St. James dan Andrew Episcopal Church yang beralamat di Church Street, Greenfield akan mengedarkan bungkusan makanan panas pada hari Isnin, 4 hingga 6:30 petang sehingga notis lanjut dikeluarkan.

 

Franklin County Community Meals Program dalam Second Congregational Church di Court Square akan memberi bungkusan makanan tengahari pada hari Selasa dan Rabu dari jam 5 hingga 5:30 petang sehingga notis lanjut dikeluarkan.

 

Salvation Army yang terletak di 72 Chapman Street di Greenfield akan memberi bungkusan makanan tengahari dari jam 11:30 pagi hingga jam 12:30 tengahari pada hari Isnin hingga Jumaat. Dapur mereka dibuka dari jam 9 pagi hingga 1 petang pada hari Isnin hingga Jumaat. Hubungi talian 413-773-3154 terlebih dahulu untuk ambilan menggunakan dapur.

 

Stone Soup Café di All Souls Church yang terletak di 399 Main Street akan menghidangkan makanan pada hari Sabtu, hanya bungkusan dibenarkan dari tengahari hingga jam 1:30 petang.

 

Franklin County Community Meals Program Our Lady of Peace Church di 90 7th Street akan memberi bungkusan makanan tengahari pada setiap hari Isnin dari jam 5 petang hingga 5:30 petang sehingga notis lanjut dikeluarkan.

 

Five Eyed Fox yang terletak di 37 3rd Street di Turner Falls akan mengedarkan makanan tengahari secara percuma. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, tetapi hidangan tengahari akan dibuka kepada semua orang setiap hari minggu pada tengahari bermula dari hari Selasa, 17 Mac. Jika anda memerlukan sebarang bantuan, pihak mereka akan singgah atau membuat hantaran. Hantarkan pesanan ringkas atau hubungi di talian 760-855-8478 atau hantarkan emel di [email protected].

 

Franklin County Community Meals Program di Orange Armory yang terletak di 135 East Main Street, Orange akan mengedarkan bungkusan makanan tengahari pada hari Khamis bermula dari jam 5 petang hingga 5:30 petang sehingga notis lanjut dikeluarkan.

 

Kumpulan kawasan makan berikut ditutup sehingga notis lanjut dikeluarkan: Athol, Bernardston, Charlemont, South County, Erving, Greenfield, Leverett, Montague, Northfield, Orange, Petersham, Phillipston, Shelburne dan Warwick. Sekiranya anda biasa makan di salah satu lokasi ini, khidmat hantaran makanan ke rumah akan diteruskan. Untuk mendaftar, sila hubungi talian 413-773-5555. Untuk mendaftar sebagai sukarelawan bantuan jika staf semasa dan sukarelawan tidak dapat bekerja, sila berbuat demikian di sini

 

Center for Self-Reliance Food Pantries di 3 Osgood St. akan kekal dibuka pada hari Isnin, Selasa dan Khamis dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

 

West County Emergency Food Pantry di 51 Maple St. akan kekal dibuka pada hari Rabu kedua, ketiga dan keempat dalam bulan dari jam 11 pagi hingga 5 petang.

 

Kedua-dua kawasan dapur ini akan menyediakan beg makanan untuk diambil oleh pejalan kaki. Tidak akan ada sebarang pengambilan untuk barangan hasil mingguan. Jika seseorang itu sakit dan menunjukkan gejala seperti batuk dan demam, pihak dapur menasihatkan mereka supaya duduk di rumah atau kekal dalam kenderaan masing-masing. Bagi mereka yang sakit atau dalam kuarantin perlulah hubungi talian 413-773-5029 untuk mendapatkan informasi mengenai sebarang perubahan atau maklumat terkini.

 

North Leverett Baptist Church Food Pantry di 70 North Leverett Road akan kekal dibuka pada hari Isnin minggu pertama dan ketiga setiap bulan dari jam 7 petang hingga 8 malam. Untuk sebarang maklumat terkini dan pertanyaan, sila hubungi talian 413-367-2169 atau hantarkan emel ke [email protected].

 

Orange Food Pantry at 118 East Main Street di Orange akan kekal dibuka pada hari Khamis dari jam 10 pagi hingga 3 petang untuk pengambilan pandu lalu.

 

Northfield Food Pantry yang terletak di ruang bawah tanah Dickinson Library di 115 Main Street akan kekal dibuka pada hari Sabtu minggu kedua dan keempat dalam bulan dari jam 11:30 pagi  hingga jam 2 petang untuk penduduk Northfield. 

 

Penduduk Northfield boleh hubungi Loaves & Fishes di talian 413-498-2038 untuk meminta baucar makanan dari Foster’s

Makanan untuk kanak-kanak umur 18 tahun dan ke bawah

Lihat laman sesawang ini untuk senarai maklumat mengenai makanan untuk kanak-kanak semasa penutupan sekolah:

https://greenfield4sc.org/free-meals-for-kids-during-covid-19-school-closures/

 

Ahli fakulti Stockbridge Sarah Berquist telah membantu untuk membuat senarai ini.

Morgan Reppert boleh dihubungi di [email protected] dan diikuti di Twiiter @ReppertMorgan.

Muhammad Anas Zainal adalah penterjemah Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected]

Alif Subardi adalah penyunting Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected]

Leave a Comment
More to Discover

Comments (0)

All Massachusetts Daily Collegian Picks Reader Picks Sort: Newest

Your email address will not be published. Required fields are marked *