Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

COVID-19 menyebabkan masalah kewangan kepada pelajar, pekerja dan universiti

Perubahan harga yang dibuat untuk memulangkan wang pelajar akan menyebabkan kerugian sebanyak $40 juta kepada UMass
COVID-19+menyebabkan+masalah+kewangan+kepada+pelajar%2C+pekerja+dan+universiti

University of Massachusetts sedang mengambil langkah-langkah penting dalam menyokong para pekerja dan pelajarnya dengan membuat pembayaran balik dan membayar gaji pekerja secara berterusan setelah keputusan untuk meneruskan pembelajaran secara jarak jauh dilaksanakan bagi baki semester ini.

Berdasarkan kemas kini terbaru pada 27 Mac, Presiden UMass, Marty Meehan dan Chancellor Kumble Subbaswamy mengumumkan bahawa UMass akan mengubah yuran yang berkaitan dengan kediaman dan majlis perwakilan pelajar, program pemakanan dan permit letak kereta. Bayaran semula ini akan diberikan kepada pelajar yang berpindah ke luar kampus dan tidak dapat menggunakan kemudahan kampus seperti blok kediaman, pelan makan atau tempat letak kereta selama tujuh minggu bagi sisa semester musim bunga 2020. Tidak akan ada pembayaran balik bagi tuisyen. Maklumat lanjut mengenai bayaran ganti rugi boleh didapati di halaman pertanyaan kerap.

“Pembayaran balik adalah penting bagi saya kerana saya membayar sendiri untuk kesemua perbelanjaan kolej saya … dan memandangkan yuran sangat mahal, saya mahukan wang saya kembali,” kata pelajar tahun pertama jurusan Kewangan Emily Shal. “Saya mahu bayaran balik diberikan untuk menggantikan perkara yang telah saya bayar dan tidak dapat saya gunakan atas sebab keadaan yang di luar kawalan saya.”

Menurut Pengarah Eksekutif Komunikasi Strategik dan Pembantu Khas kepada Naib Canselor Edward Blaguszewski, penyesuaian harga yang dibuat untuk membayar balik pelajar akan menyebabkan kerugian $40 juta hasil pendapatan Universiti. Kehilangan pendapatan ini akan dikurangkan oleh kampus dengan hanya membuat perbelanjaan yang diperlukan untuk tahun fiskal 2020, yang berakhir 30 Jun, dan sokongan kewangan daripada pakej rangsangan persekutuan baru-baru ini.

“Pengurangan drastik dalam operasi kampus disebabkan oleh virus COVID-19 ini akan memberi kesan kewangan yang ketara kepada UMass Amherst,” kata Blaguszewski. “Memandangkan ketidakpastian mengenai tempoh masa COVID-19 akan menjejaskan kesihatan awam dan ekonomi, Universiti akan membuat penilaian berterusan mengenai rancangan masa depan.”

Daripada keseluruhan bajet kampus Umass Amherst yang berjumlah sekitar $ 1.3 bilion, “tuisyen dan yuran; bilik dan makan; perbezaan negeri asal pelajar; dan geran dan hadiah” adalah sumber pendapatan utama, menurut Blaguszewski. Dengan kerugian $40 juta untuk tujuan penggantian, UMass harus membuat perubahan yang berterusan untuk mengatasi keadaan tidak diduga yang berpunca daripada coronavirus.

“Pihak kampus sedang menguruskan impak kewangan daripada krisis ini dan terus mengkaji semula senario pengurangan kos untuk mengimbangi semula pengurangan pendapatan universiti yang diketahui dan yang dianggarkan,” kata Blaguszewski.

Walaupun wang simpanan Universiti dapat ditambah disebabkan oleh operasi kampus yang dikurangkan, kampus terus membuat pembayaran untuk sistem pemanasan dan penyejukan yang minimum, pencahayaan dan keselamatan bangunan; Walaubagaimanapun, simpanan tersebut adalah sangat kecil berbanding dengan kehilangan pendapatan. Bagi pelajar yang tinggal di kampus semasa pandemik, dewan makan Berkshire dan Worcester sebagai tambahan kepada Blue Wall, serta Perkhidmatan Kesihatan Universiti dibuka setiap hari.

“Tindakan kesihatan awam yang diperlukan untuk memerangi penyebaran COVID-19 telah mengakibatkan Universiti terpaksa menghentikan hampir kesemua operasi harian yang melibatkan individu di kampus,” kata Blaguszewski. “Malangnya, antara kesannya adalah kerja-kerja yang dilakukan oleh kebanyakan pekerja sementara dan pelajar tidak lagi wujud buat masa ini”

Profesor dan fakulti yang lain yang melaksanakan pembelajaran jarak jauh tidak akan terjejas tahap pampasan merka. Operasi kampus secara drastik yang berkurang, bagaimanapun, telah menyebabkan pekerja pelajar yang tidak mendapat manfaat dan tidak bekerja di bawah persekutuan kehilangan sebahagian besar atau kesemua masa bekerja mereka.

“Universiti mempunyai kos tetap dan komitmen yang tinggi, termasuk perkhidmatan hutang, kerja pembaikan dan penyelenggaraan kemudahan dan, yang paling penting, para pekerja. Universiti terus membayar semua pekerja yang mendapat faedah,” kata Blaguszewski. “Memandangkan keadaan luar biasa buat masa ini, pihak universiti telah memanjangkan bayaran gaji selama dua minggu untuk pekerja-pekerja pelajar sementara, tidak bermanfaat dan pekerja yang tidak bekerja di bawah persekutuan yang tertentu.”

Dana Penjagaan Pelajar dan Tindak Balas Kecemasan memberi peluang kepada para alumni, fakulti dan kakitangan untuk menderma dan membantu para pelajar yang terjejas dari segi kewangan oleh COVID-19 dan kepada mereka yang memerlukan bantuan kewangan. Mengikut kemas kini dari 1 April, Pejabat Kemajuan dan Hal Ehwal Pelajar dan Kehidupan Kampus merupakan barisan hadapan dalam usaha pengumpulan dana ini.

“UMass tidak bertanggungjawab untuk membayar balik tuisyen kami, kerana profesor masih perlu dibayar untuk kelas atas talian yang kini kami hadiri,” kata Shal. “Tetapi sebagai pelajar yang belajar dari jarak jauh, saya merasakan bahawa saya tidak belajar sepenuhnya seperti mana pembelajaran di dalam kelas fizikal dan ini membuatkan bayaran untuk kelas atas talian ini tidak bermakna.”

Pelajar tahun kedua dalam dua jurusan Kewartawanan dan Sains Politik, Amelia Marceau percaya bahawa canselor dan presiden univerisiti bertindak lebih cekap dalam membuat keputusan berkenaan dengan bayaran gantian berbanding dengan universiti lain.

“Saya berasa Presiden Meehan dan Canselor telah melakukan yang terbaik yang boleh mereka lakukan dalam membuat keputusan pembayaran semula,” kata Marceau. “Terdapat banyak perkara yang perlu dilihat dari segi kewangan apabila kita bercakap mengenai pengembalian wang. Saya mempunyai banyak kawan di universiti lain yang tidak tahu sama ada perbincangan mengenai bayaran balik sedang berlaku di universiti mereka dan sebaliknya di sini kita dapat mengetahui bilik dan lembaga pengarah dan pelan makanan akan dipulangkan kembali kepada pelajar dalam beberapa cara.”

Persatuan Kerajaan Pelajar (SGA) mencipta sebuah pasukan petugas COVID-19 bertujuan untuk membuat senarai tuntutan yang dihantar kepada canselor. Senarai ini termasuk permintaan kewangan dan akademik bagi pihak badan pelajar. Pelajar tahun pertama dalam jurusan Pengajian undang-undang Julia Curto adalah ahli pasukan petugas pelajar dan seorang senator SGA.

“Saya berfikir bahawa [Presiden Meehan dan Canselor Subbaswamy] melakukan kerja yang memuaskan,” kata Curto. “Saya berfikir bahawa mereka perlu menerangkan dengan jelas kepada pelajar apa yang mereka lakukan kerana, pada pendapat saya, mereka tidak menjelaskan dengan begitu jelas.”

UMass menghantar e-mel setiap hari berkenaan dengan “tindak balas UMass untuk COVID-19” yang menyediakan pautan dan penerangan tentang langkah-langkah seterusnya yang akan diambil oleh Universiti  untuk membantu pelajar dan kakitangan menghadapi tempoh masa yang sukar ini.

“Saya berfikir bahawa semua orang mempunyai jumlah penderitaan yang sama,” kata Shal. “Saya boleh katakan pelajar yang bekerja di kampus untuk membiayai tuisyen dan kediaman dan lembaga pengarah pelajar terjejas kerana bagaimanakah cara untuk mereka membayar bil mereka sekarang? Sedangkan pihak Universiti sendiri sedang bergelut dengan masalah kewangan, cubaan untuk membayar puluhan ribu pelajar dengan wang yang telah dilaburkan dan diberikan adalah amat sukar untuk dilakukan.”

Leigh Appelstein boleh dihubungi di [email protected] dan diikuti di Twitter @Lappelstein

Muhammad Anas Zainal adalah penterjemah Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected]

Alif Subardi adalah penyunting Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected]

Leave a Comment
More to Discover

Comments (0)

All Massachusetts Daily Collegian Picks Reader Picks Sort: Newest

Your email address will not be published. Required fields are marked *