Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

Reaksi pelajar yang diterima masuk ke UMass terhadap perubahan berikutan COVID-19

UMass telah membatalkan lawatan dan sesi informasi sehingga 18 April
%28Collegian+file+photo%29
(Collegian file photo)

Perubahan terbaru terhadap University of Massachusetts, seperti pembatalan kelas fizikal dan pembatalan sesi lawatan dan informasi bagi menghadkan penyebaran wabak COVID-19, telah menyukarkan pelajar-pelajar yang diterima masuk untuk melihat bagaimana kampus berfungsi pada kebiasaannya. sesi lawatan dan informasi buat masa ini dibatalkan sehingga 18 April, tetapi tarikh ini berkemungkinan akan dilanjutkan.

Bagi membalas isu ini, menurut laporan daripada Washington Post, beberapa universiti, seperti George Mason University di Utara Virginia, Oregon State Univeristy dan Williams College di Massachusetts, telah melanjutkan tarikh bagi pelajar untuk hadir ke universiti. Buat masa ini, UMass meminta pelajar untuk membuat bayaran deposit sehingga 1 Mei.

Pihak universiti belum membuat sebarang keputusan tetap terhadap isu ini. “ Kakitangan Kemasukan Pelajar masih dalam proses menilai cara untuk meneruskan proses kemasukan dengan tarikh akhir dan Orientasi Pelajar Baharu,” kata Mary Dettloff, timbalan pengarah Pejabat Berita dan Hubungan Media. “Sebaik sahaja keputusan dibuat, ianya akan diumumkan di laman sesawang coronavirus [oleh Universiti].”

Beberapa pelajar yang diterima masuk menyatakan sokongan mereka terhadap lanjutan tarikh ini.

“Saya berasa ianya adalah satu idea yang bernas untuk UMass melanjutkan tarikh akhir bagi pelajar untuk membuat keputusan sehingga sekurang-kurangnya 1 Mei kerana . . . Saya masih tidak dapat membuat keputusan akhir,” kata Evelynn Schoenthal, seorang pelajar yang diterima masuk ke UMass, dan juga Commonwealth Honors College, tetapi masih belum membuat sebarang keputusan. “ Keputusan permohonan yang lain tidak akan keluar sehingga [19 Mac], dan ianya sangat memberi tekanan kepada saya, terutamanya memandangkan saya tidak boleh pergi ke kampus buat kali terakhir.”

Katie Peichel, pelajar yang telah membuat keputusan untuk hadir ke UMass dan merancang untuk mengambil jurusan biologi, turut menyatakan perasaan yang sama.

“[Saya] berasa bahawa mereka perlu melanjutkan [tarikh akhir] buat beberapa minggu atau sekurang-kurangnya mengadakan lawatan secara maya yang tepat,” kata Peichel

Ellen McIntyre, seorang pelajar yang diterima masuk yang masih belum membuat keputusan, berkata bahawa sekolah-sekolah lain yang mana beliau diterima masuk telah mengubah tarikh akhir mereka.

“Banyak sekolah lain yang telah saya mohon melanjutkan tarikh penerimaan kepada 1 Jun,” kata McIntyre, “dan walaupun saya berasa bahawa mereka tidak semestinya melanjutkan tarikh sejauh itu, ianya adalah bagus untuk melanjutkan sedikit tarikh akhir penerimaan.”

Walaupun pelajar-pelajar ini menyatakan sokongan mereka terhadap lanjutan tarikh akhir, mereka turut menyatakan bahawa mereka telah pun melawat kawasan kampus, dan oleh hal yang demikian, kekurangan sesi lawatan tidak akan menentukan keputusan mereka

“Saya telah melawat kawasan kampus sebelum ini dan saya selesa untuk menggunakan pengalaman tersebut untuk membuat keputusan,” kata McIntyre.

Schoenthal juga telah membuat lawatan kampus sebelum ini tetapi dia ingin melakukannya sekali lagi.

“Saya pernah melawat kampus UMass Amherst buat beberapa kali dan saya telah hadir ke hari pelajar yang diterima masuk pada bulan Februari, jadi saya tidak merasakan bahawa ianya akan memberi kesan yang banyak terhadap keputusan saya,” dia berkata. “ Saya semestinya ingin melawat kawasan kampus pada masa yang lain sebelum membuat keputusan akhir kerana saya seorang yang sangat sukar untuk membuat keputusan.

Peichel berkata bahawa hal ini merupakan satu isu yang dia hadapi dengan kesemua kolej yang dia diterima masuk, memandangkan setiap sekolah telah membatalkan kelas-kelas fizikal. Namun begitu, pelajar-pelajar ini turut menyatakan sokongan mereka terhadap keputusan pihak Universiti.

“Saya berasa bahawa pembatalan kelas fizikal ini merupakan satu keputusan yang sangat baik bagi membantu mengurangkan penyebaran virus,” kata Schoenthal. “ Saya tidak merasakan bahawa ramai orang mengambil serius terhadap perkara ini seperti mana yang mereka perlu.

“Saya fikir ianya adalah satu keputusan yang baik untuk membatalkan kelas fizikal,” kata McIntyre. Memandangkan jumlah pelajar yang ramai dan betapa mudahnya mereka untuk dijangkiti virus COVID-19 ini, saya berasa bahawa ianya adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab untuk tidak membatalkan kelas-kelas fizikal.”

“Saya berasa bahawa ianya adalah satu tindakan yang munasabah memandangkan ianya adalah satu pandemik global, dan ramai orang masih tidak bertanggungjawab untuk mengambil langkah pencegahan yang sepatutnya, kata Peichel.

Sophia Gardner boleh dihubungi di [email protected] dan diikuti di Twitter @sophieegardnerr

Muhammad Anas Zainal adalah penterjemah Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected]

Alif Subardi adalah penyunting Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected]

Leave a Comment
More to Discover

Comments (0)

All Massachusetts Daily Collegian Picks Reader Picks Sort: Newest

Your email address will not be published. Required fields are marked *