Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

Pemakanan anda kini sangat penting

Walaupun pelbagai aspek kehidupan kita tidak mampu dikawal, kita masih boleh mengawal pemakanan kita
Collegian+File+Photo
Collegian File Photo

COVID-19, satu bentuk coronavirus baharu, kini telah menimbulkan kerisauan pada setiap orang. Dengan penyebaran secara mendadak melalui kes pertama yang berlaku di Wuhan, China pada lewat Disember tahun 2019 sehinggalah laporan pesakit pertama di Amerika Syarikat pada 19 Januari, bilangan kes di seluruh dunia telah mencapai lebih daripada 300,000 buah kes dan masih bertambah.

Dengan krisis pada kadar sedemikian yang telah membawa kepada pembatalan acara-acara di seluruh negara, penutupan bisnes dan universiti berpindah kepada sistem pembelajaran secara atas talian, terdapat panik dan kesalahan maklumat berlaku. Presiden Donald Trump tidak memberi bantuan, sebaliknya beliau berulang kali mencuba mengubah sejarah ,dengan menyatakan pada 27 Februari, semasa mesyuarat White House bahawa “[Coronavirus] akan hilang. Suatu hari nanti – seperti satu keajaiban – ianya akan hilang,” dan di sidang media pada 17 Mac beliau mejelaskan bahawa, “Saya berasa bahawa ia merupakan sebuah pandemik buat masa yang lama sebelum ia dipanggil pandemik.”

Walau bagaimanapun, satu mesej yang jelas dan konsisten boleh diperolehi: cuci tangan anda, kekalkan jarak sosial, jangan menyentuh muka dan menutup batuk anda.

Semua ini adalah langkah yang sangat baik, tetapi ianya hanya bertujuan untuk mengelakkan jangkitan coronavirus, dan dengan andaian bahawa sebarang sentuhan akan membawa kepada kesan seragam yang berpotensi untuk menyebabkan kematian kepada orang ramai. Adakah terdapat sebarang langkah yang boleh dilakukan oleh orang ramai dari sudut pencegahan penyakit untuk mengurangkan tahap keterukan gejala dan menjadi lebih berdaya tahan dalam menangani penyakit ini, perlukah mereka mendapatkannya? Kajian mengatakan ya.

Satu artikel penyelidikan dari tahun 2018 memberi perspektif dari pandemik Influenza tahun 1918, yang mana banyak pihak telah membandingkannya dengan COVID-19.  Penemuan utama termasuklah, dalam bilangan faktor kesihatan individu, “ status nutrisi sudah lama dikenalpasti sebagai faktor penting dalam penghasilan pelbagai penyakit berjangkit yang berbeza.” Kajian tersebut menunjukkan bahawa kekurangan zat makanan dan lebihan zat makanan yang mana membawa kepada obesiti boleh menjejaskan sistem imunisasi seseorang.

Dalam erti kata lain, mereka yang mempunyai kesihatan yang baik lebih berkemungkinan dapat melawan penyakit seperti coronavirus, manakala bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang lain, seperti pemakanan yang buruk, permintaan tubuh secara kolektif untuk memerangi coronavirus selain daripada tekanan lain boleh meningkatkan risiko gejala yang lebih teruk.

Umum mengetahui bahawa antara mereka yang berisiko tinggi untuk diserang dengan coronavirus adalah mereka yang berumur 65 tahun dan ke atas. Bagaimanakah faktor nutrisi terlibat dalam hal ini? Menurut satu kajian pada tahun 2017, selain berurusan dengan “perubahan merudum dalam sistem imunisasi” yang lebih berkaitan dengan usia, kumpulan ini “lebih cenderung mempunyai status pemakanan yang tidak baik, yang mana memberi kesan selanjutnya terhadap fungsi imunisasi yang sudah pun terjejas.” Kajian tersebut menyimpulkan bahawa “Fungsi imunisasi optimum bergantung pada status pemakanan yang normal dan seimbang; walaubagaimanapun, kelaziman kekurangan zat makanan pada umumnya lebih tinggi dalam kalangan orang tua, yang mana membawa kepada kemerosotan sistem imunisasi yang sudahpun berusia.

Walaupun tekanan yang berkaitan dengan usia mungkin bukanlah faktor yang begitu penting dalam menentukan kesihatan imunisasi untuk belia seperti mana yang boleh dilihat kesannya kepada golongan yang lebih tua, ia adalah satu kesilapan untuk mengabaikan faktor kesihatan imunisasi kepada orang muda. Kita perlu melihat kepada impak yang dibawa oleh pemakanan, senaman dan gaya hidup yang lain terhadap keupayaan anak muda dalam menangani virus. Satu artikel New York Times baru-baru ini menegaskan bahawa “orang dewasa yang lebih muda pada umumnya lebih berdaya tahan daripada orang yang lebih tua, tetapi peningkatan keadaan kesihatan yang kronik di kalangan milenium, pada usia 20-an dan 30-an sekarang, telah menjadikan mereka kekurangan daya kekuatan daripada apa yang mereka fikirkan.”

Apakah sebenarnya maksud pemakanan yang baik pada situasi krisis coronavirus ini? Menurut Dr. Caroline Apovian, Pengarah Pusat Pengurusan Nutrisi dan Berat di Boston Medical Centre, ianya bermaksud bahawa “ jika anda tidak mempunyai tabiat pemakanan pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran dan sumber protein, sekarang adalah masa yang sesuai untuk memulakan tabiat tersebut.”  Mengikut panduan nutrisi institusi persendirian seperti Harvard T.H. Chan School of Public Health adalah satu permulaan yang baik.

Bukan sahaja krisis ini adalah satu peluang untuk kita ambil peduli tentang kesihatan dan kesejahteraan kita, tetapi ini juga adalah satu peluang untuk mendidik diri kita dan memahami bahawa makanan ringan adalah dibuat dengan tujuan supaya kita ketagih dengannya. Tambahan pula dengan syarikat makanan ringan membelanjakan berbillion duit untuk tujuan pemasaran, usaha melobi dan usaha sendiri syarikat untuk menyembunyikan maklumat, dan kita akan fahami bahawa populariti makanan ringan bukanlah satu perkara yang tidak disengajakan. 

Kita mungkin akan berasa bahawa banyak aspek kehidupan kita dikawal oleh sesuatu yang kita tidak mampu kawal, situasi yang tidak boleh dijangka, tetapi sebenarnya kita sentiasa mempunyai kuasa untuk bertindak berdasarkan perkara yang berlaku ke atas diri kita. Kita boleh memilih apa kita ingin beli di kedai runcit dan bagaimana kita menghadapi stres, bermaksud kita mempunyai sedikit kuasa untuk menjaga kesihatan kita. Seperti di dalam sebuah artikel New York Times berkata, “Perkara yang paling penting ialah tiada pil ajaib atau makanan tertentu yang boleh menjamin untuk menambahbaik sistem imunisasi anda dan melindungi anda daripada wabak baru coronavirus. Tetapi terdapat cara untuk anda menjaga diri sendiri dan memberikan sistem imunisasi anda peluang terbaik untuk menjalankan tugas mereka berhadapan dengan sejenis penyakit pernafasan.”

Jennie Moss adalah seorang kolumnis Collegian dan boleh dihubungi di [email protected]

Muhammad Anas Zainal adalah penterjemah Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected]

Alif Subardi adalah penyunting Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected]

Leave a Comment
More to Discover

Comments (0)

All Massachusetts Daily Collegian Picks Reader Picks Sort: Newest

Your email address will not be published. Required fields are marked *