Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

UMass Dining Services dan Sekolah Awam Amherst berkhidmat kepada remaja di Amherst walaupun darurat COVID-19 masih berlangsung

Menyediakan makanan semasa pandemik
Collegian+file+photo
Collegian file photo

University of Massachusetts Dining Services menawarkan makanan percuma kepada lebih 400 pelajar dari Sekolah Awam Amherst semasa pandemik COVID-19 bagi mengatasi masalah kekurangan makanan. 

Projek ini dibiayai oleh Kementerian Agrikultur United States dan menyediakan makan tengah hari serta sarapan pagi kepada pelajar yang bergantung kepada makanan di sekolah. Menurut Pengarah UMass’ Dining Services, Garett DiStefano program ini terbuka kepada sesiapa yang berumur bawah 18 tahun.

Trak makanan UMass Baby Berk yang mengagihkan makanan berhenti di tujuh kompleks perumahan dan apartment: Olympic, North Village, Village Park, Southpoint, Butternut, Colonial Village dan Rolling Green. Trak ini mula membuat perhentian seawal jam 10.30 pagi dan berakhir 1 petang, dengan hanya meluangkan masa selama 15 minit di setiap hentian.

“Dalam keadaan sekarang, kami mahu melakukan penjarakan sosial sebanyak mungkin, dan kami mahu orang ramai bergerak dengan pantas jadi tidak berlaku sebarang perhimpunan orang ramai,” kata DiStefano.

 “Makanan sarapan dan makan tengah hari diletakkan bersama. Makanan tersebut adalah barangan sejuk yang ditukar setiap hari. Antara kriteria asas yang kami sertakan dalam makanan, contohnya, mereka mungkin dapat bar granola, yogurt, jus dan buah untuk sarapan. Bagi makan tengah hari pula mungkin sandwich, buah dan lobak merah beserta hummus,” terangnya lagi. 

Pelbagai variasi pilihan boleh didapati bagi memenuhi keperluan jika terdapat pelajar yang mempunyai alahan makanan. DiStefano berkata Dining Services mahu “berkhidmat kepada seramai mungkin orang mengikut kemampuan mereka.”

Pengarah eksekutif syarikat bantuan, Ken Toong, berkata pihak Universiti berbesar hati untuk bekerjasama dengan bandar dan sekolah di sekitarnya.

“Adalah amat bagus apabila dapat membantu jiran yang memerlukan, lebih-lebih lagi dalam masa yang penuh ketidakpastian. Kumpulan kami lebih dari bersedia untuk membantu dalam apa cara sekalipun. Setiap hari kami diingatkan bahawa kita bersama-sama dalam keadaan ini dan kami akan menolong antara satu sama lain untuk menghadapinya,” kata Toong

“Kami membina komuniti dengan menggunakan makanan dalam keadaan yang tidak terjangka ini. UMass Dining akan menyediakan sarapan dan makan tengah hari yang sihat,dan seimbang setiap hari untuk lebih 400 pelajar,” kata DiStefano.

Penguasa Amherst-Pelham Sekolah Awam Daerah, Michael Morris berkata,”ini adalah satu contoh kerjasama yang bagus antara Sekolah Awam Daerah Amherst dan UMass. Keutamaan kami ialah menyediakan makanan bernutrisi kepada pelajar dalam keadaan ini dan UMass membantu daerah ini untuk memastikan semua keperluan pelajar dapat dipenuhi.”

Program serupa dijalankan oleh USDA sepanjang cuti musim panas walaupun pelajar tidak berada di sekolah. 

“Saya berasa amat beruntung dan bersyukur kerana mempunyai pasukan ini,” kata DiStefano mengenai rakan sekerjanya. Beliau memuji rakan sekerja, Chris Fisher yang berterusan melaksanakan program makanan musim panas untuk remaja. “Chris dan kumpulannya melakukan kerja yang bagus dan merupakan contoh terbaik untuk orang-orang yang bekerja bersama kami setiap hari.”

Menurut pegawai UMass, jangka masa program baru ini bergantung kepada Sekolah Awam Amherst sekiranya mereka kembali beroperasi sebelum 30 Jun. Jika sekolah kekal ditutup, ia akan disambung terus ke servis makanan musim panas 2020. 

Maria Elena Little Endara boleh dihubungi di [email protected] dan diikuti di Twitter @LittleEndara.

Anis Kamarddin adalah penterjemah Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected]

Alif Subardi adalah penyunting Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected]

 

Leave a Comment
More to Discover

Comments (0)

All Massachusetts Daily Collegian Picks Reader Picks Sort: Newest

Your email address will not be published. Required fields are marked *