Apabila seseorang pelajar kurang bernasib baik dijangkiti penyakit seperti selsema dan pneumonia, mereka dinasihatkan oleh doktor dan pihak universiti untuk berehat di rumah. Tetapi, apa yang terjadi pada hari yang anda bangun dan merasakan anda tidak mampu untuk melakukan kerja rumah dan keletihan emosi yang menyingkirkan semua tenaga untuk bekerja, belajar atau bersosial?
Bagi pelajar kolej yang mengalami perkara ini, mereka mempunyai dua pilihan: memaksa diri mereka meneruskan hari tersebut dengan risiko kemerosotan emosi yang lebih teruk, atau memberi ruang untuk minda bernafas dan mengorbankan gred mereka.
Pada tahun lepas, The American College Health Association melaporkan 87.4% pelajar kolej berasa terbeban dengan semua perkara yang mereka lakukan, 84.7% berasa penat (bukan dari aktiviti fizikal), dan 45.1% mengalami tekanan yang menyebabkan mereka sukar untuk berfungsi.
Antara isu lain yang dialami pelajar termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, gangguan kecelaruan keresahan umum, kecelaruan keresahan sosial, gangguan bipolar, kurang daya tumpuan/ kecelaruan hiperaktif dan pelbagai lagi.
Disebabkan masalah kesihatan mental yang semakin bertambah, ianya amat penting bagi pensyarah untuk belajar melayan pelajar sebagai manusia biasa dan bukan bahan eksperimen untuk mengenali had akademik seorang pelajar. Pelajar yang menghadapi masalah kesihatan mental tidak harus dikenakan hukuman oleh guru yang apatetik dan jahil kerana mempercayai bahawa selok belok ke arah kejayaan adalah satu perkara yang linear.
“Ketua institusi, penasihat utama dan ahli fakulti yang percaya bahawa jika pelajar kolej yang berjaya dalam bidang akademik, mereka juga akan gembira, sihat dan berkembang dalam peringkat pelajaran tinggi dan kehidupan,” menurut penulis Henry G. Brzycki. “Ini merupakan kepercayaan yang salah dan tidak patut dikekalkan.”
Walaupun guru bukanlah ahli terapi atau seorang pakar dalam kesihatan mental, mereka harus digalakkan untuk menampilkan diri mereka sebagai rakan bagi pelajar kolej yang mempunyai masalah kesihatan mental. Sesetengah pensyarah berasa kurang selesa untuk berbincang mengenai isu serius, tetapi kebanyakan pelajar amat bersyukur dan lebih selesa apabila mempunyai penyokong kesihatan mental turut mengajar di kelas mereka. Mereka akan berasa sedar bahawa mereka didengari, disokong dan difahami.
Semasa minggu pertama kelas, saya amat terkejut apabila mendengar beberapa orang pensyarah menyatakan kesedaran mereka terhadap isu-isu lazim yang mengganggu pelajar kolej pada masa yang tidak dijangka sepanjang semester. Mereka menjelaskan bahawa masalah dalam kehidupan akan muncul kadang kala, dan ia adalah satu perkara yang difahami untuk tidak hadir ke kelas sekiranya berasa tidak sihat, selagi mana pelajar memberitahu tentang perkara tersebut kepada pensyarah. Ini adalah satu perkara yang sangat memeranjatkan saya kerana di semester yang lepas, saya hanya pernah diberitahu bahawa “tidak hadir ke kelas hanya dibenarkan sekiranya terdapat keadaan yang ekstrem sahaja”
Perbuatan ini membuatkan saya dan kebanyakan pelajar lain berasa selesa, yang menerangkan mengapa pembantu penyelidik pelajar sarjana University of Michigan Sara Abelson yang mencadangkan para profesor bagi menyertakan kenyataan berkaitan kesihatan mental di dalam silibus dan menerangkannya pada awal semester. “Dengan berbuat sedemikian ianya dapat membantu menetapkan sasaran, menormalkan keperluan mencari bantuan dan menekankan hubungan antara kesihatan mental dan kejayaan akademik,” ujar Abelson.
Bagi pelajar yang mempunyai keresahan, penyertaan dirasakan seperti satu perkara yang mustahil. Apabila penyertaan merangkumi hampir separuh daripada gred keseluruhan, ini akan menyebabkan kemerosotan gred bagi mereka yang tidak mampu untuk bercakap di khalayak umum.Dalam situasi ini, pelajar dan pensyarah harus bersatu dan cuba mencari jalan penyelesaian untuk masalah penyertaan ini; dengan cara lain untuk menunjukkan pengetahuan seseorang mengenai bahan tersebut seperti laporan, terbitan atau projek.
Abelson juga yakin bahawa tarikh akhir perlu pada waktu tengah hari bukannya tengah malam atau 9 pagi. Pelajar tidak perlu berasa tertekan untuk bekerja sehingga lewat malam atau bangun pagi untuk menyiapkan tugasan. Hal ini juga secara tidak langsung boleh membantu tabiat tidur yang lebih sihat dan menekankan pelajar untuk menguruskan masa dengan lebih baik atau menyiapkan tugasan lebih awal.
Hensry Brzycki, pengasas The Brzycki Group menyarankan satu pendekatan yang beliau terapkan sewaktu menjawat jawatan sebagai dekan dan profesor yang dikenali sebagai “Self Across the Curriculum,”satu program yang membenarkan pelajar memahami tujuan hidup dengan lebih baik dan mendorong mereka menggunakan kemahiran yang ada untuk menangani masalah sebenar. Dengan mendorong perbincangan di kalangan pelajar berkenaan impian mereka, ia mampu membantu mereka berasa lebih terinspirasi untuk meneruskan pembelajaran. Kejayaan terbesar menerusi program ini adalah skor kepuasan pelajar yang meningkat hampir 40 peratus.
Menjadikan kesemua rakaman sesi pembelajaran dan nota boleh didapati di portal atas talian pelajar juga merupakan satu usaha kecil yang mampu memudahkan pelajar yang sering tidak dapat hadir ke kelas untuk mengejar semula silibus pembelajaran.
“Kesihatan mental kita akan membantu untuk menentukan cara hidup kita di atas muka bumi ini” kata psikoterapis Cori Dixon-Fyle, LCSW. Kejayaan tidak bermaksud anda perlu menjadi lebih produktif dan memaksa diri sehingga menyebabkan kepenatan tidak terhingga.
Akhir sekali,mana-mana pelajar tidak sepatutnya merasakan seperti mereka tidak mempunyai masa untuk mengutamakan kesihatan mental mereka. Oleh itu, ia sangat penting untuk bekerjasama bersama pelajar, mengetahui keperluan mereka dan tidak berasa takut untuk berbincang tentang epidemik yang telah menghancurkan kehidupan dan impian orang ramai.
Gabby Campos adalah seorang Kolumnis Collegian dan boleh dihubungi di [email protected]
Anis Kamarddin adalah penterjemah Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected].
Alif Subardi adalah penyunting Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected]