TikTok, salah satu aplikasi popular di seluruh dunia merupakan aplikasi yang paling banyak dimuat turun dengan jumlah melebihi 1.5 billion. Pada dasarnya, hampir 20 peratus populasi dunia hari ini telah memuat turun aplikasi tersebut menjadikan ia salah satu aplikasi media sosial yang wujud pada hari ini – dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda penurunan.
Saya menghabiskan sejumlah masa yang agak mengejutkan di aplikasi tersebut. Sebagai contoh, saya melengah-lengahkan kerja dan menghabiskan masa 12 jam di TikTok pada minggu lepas, yang juga merupakan aplikasi yang paling kerap digunakan di telefon bimbit. Jumlah itu adalah tiga kali ganda dari masa yang digunakan di aplikasi yang terdekat. Ianya sangat mudah untuk terpaut dengan TikTok dan kesannya amat jelas. TikTok ialah satu platform yang menggalakkan pengguna yang berbakat meskipun tidak mempunyai jumlah pengikut yang ramai dan mewujudkan penyatuan tanpa mengira standard kecantikan.
Chase Hudson iaitu salah seorang selebriti TikTok terkenal menurut Famous Birthdays. Beliau menduduki tempat keenam dalam bintang paling popular dan kini mempunyai hubungan dengan Charli D’Amelio, yang merupakan pengguna paling popular di TikTok. Hudson yang lebih selesa dikenali dengan nama “Lil’ Huddy” dalam semua media sosialnya dan juga pengasas Hype House, satu ruang kerjasama popular untuk menghasilkan TikTok di Los Angeles, California.
Hudson terlibat dalam masalah berikutan videonya yang menyebut perkataan N tersebar luas pada 2019. Berikutan hal itu, beliau mengeluarkan satu permohonan maaf yang kedengaran tidak ikhlas. Tetapi pengaruhnya tidak berakhir selepas kejadian itu, malah beliau lebih mendapat tumpuan dan menjana lebih dari 15 juta pengikut di aplikasi itu.
Jika video tersebut dirakam sewaktu beliau berkata sesuatu yang bersifat perkauman, ia berkemungkinan berlaku lebih dari sekali. Ini dapat dijangka berdasarkan rumah itu kebanyakannya adalah orang putih, dan Hudson sendiri menyifatkan dirinya sebagai kurang mendapat bantahan berikutan komen berunsurkan perkauman daripada kumpulan yang terjejas secara tidak langsung oleh isu perkauman yang terang-terangan.
Hudson juga mempunyai pengaruh besar sebagai salah seorang pengasas Hype House. Sebuah artikel oleh New York Times menyatakan dia “menganggap diri sendiri sebagai pencari bakat tidak rasmi Hype House dan operator di balik tabir.” Hudson mempunyai kuasa untuk mengawal siapa yang akan dijemput untuk menyertai Hype House dan memjadi terkenal.
Bintang TikTok seperti ahli Hype House turut percaya kepada standard kecantikan yang sama yang mampu menggalakkan hanya sekumpulan orang sahaja yang boleh menjadi terkenal dan memiliki pengaruh. Untuk mereka yang menepati standard tersebut, mereka akan dilimpahi dengan kemahsyuran dan kemewahan, tetapi bagi mereka yang gagal menepati standard tersebut akan ditinggalkan dan tidak dibantu. TikTok adalah satu alat yang hebat untuk mempromosikan jenama anda, ramai pengguna yang dikenali ramai yang menepati standard fizikal tersebut kini diberi peluang untuk menjadi model. Hudson dan kesemua ahli Hype House kini mendapat kontrak daripada WME, salah satu daripada agensi permodelan yang terkenal.
Lebih banyak bukti bagaimana Tiktok boleh memberikan anda kemahsyuran dan kuasa adalah Charli D’Amelio, pengguna terbesar di aplikasi TikTok. Baru-baru ini dia telah melakukan kempen promosi bersama Prada apabila dia menghadiri minggu Fesyen Milan. Dia adalah contoh bagaimana kemahsyuran dan kuasa yang dimiliki dari TikTok boleh memberi kuasa di luar aplikasi tersebut.
Saya melihat TikTok sebagai pengaruh negatif dalam dunia hari ini kerana aplikasi ini menyokong satu standard kesamaan yang mempengaruhi orang ramai untuk kelihatan seperti orang lain. Ini akan membentuk masyarakat konformis dan TikTok menggalakkan seperti Hudson yang menjadi contoh fizikal untuk keistimewaan dan kuasa yang hadir daripada menjatuhkan orang lain.
Max Ferrandino adalah penyumbang kepada Collegian dan boleh dihubungi di [email protected]
Anis Kamarddin adalah penterjemah Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected]
Alif Subardi adalah penyunting Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected]