Seperti yang kita lihat di telefon setiap pagi, tajuk utama dipenuhi dengan berita terkini mengenai coronavirus yang memecah belahkan tamadun kita. Ada ketika masa depan nampak suram, tidak pasti dan mengelirukan apabila semua universiti ditutup, bar berhenti beroperasi dan rak-rak di kedai runcit semakin hari semakin kosong. Saban hari berlalu, lebih banyak kes dan kematian mendekatkan kita dengan kemungkinan perintah berkurung bagi memperlahankan penyebaran virus COVID-19. Apabila kita mengasingkan diri di rumah dan menjarakkan diri dari orang tersayang dan rakan-rakan, ia amat penting untuk melalui tempoh tersebut dan melihat masa depan dengan lebih optimis. Kita juga mampu berbuat demikian dengan berhubung di Zoom bersama rakan-rakan, membaca buku, mencipta hobi baru atau menonton filem komedi bagi menenangkan fikiran. Selain itu, anda juga boleh menonton filem atau membaca buku yang menayangkan ketidaktentuan realiti yang kita lihat dalam genre seram yang terlalu realistik.
“The Plague” oleh Albert Camus
Diterbitkan asalnya pada 1947 oleh penulis Albert Camus, “The Plague” menceritakan satu wabak spesifiknya wabak bubonik yang terjadi di bandar Oran. Ketidaksediaan untuk menghadapi gelombang penyakit tersebut, wabak itu menjejaskan seluruh bandar sebelum pihak kerajaan dan rakyat mempunyai masa untuk melawan. Banyak aspek dalam novel ini yang selari dengan realiti yang dihadapi hari ini. Untuk tempoh lima bulan wabak tersebut menjejaskan kehidupan harian di bandar Oran dan hospital dipenuhi pesakit melebihi kapasiti. Lebih banyak soalan berbanding jawapan diterima dari kerajaan, pengasingan menyebabkan kita merindui orang tersayang, kekurangan persediaan menyebabkan doktor tergesa-gesa untuk merawat kes yang semakin bertambah. Kita mesti tertanya-tanya mengapa amaran sebelum ini tidak diendahkan. Novel ini membincangkan tema berkaitan penderitaan kolektif penduduk dan bagaimana individu berusaha dan pengorbanan yang mesti dilakukan bagi mengatasi pandemik ini. Camus juga menyentuh persoalan falsafah berkaitan manusia yang mencari erti sebenar hidup untuk menghadapi penyakit yang tidak mengenal individu tersebut. Sekarang, lebih dari sebelumnya, “The Plague” dari Camus mungkin menjadi bahan bacaan berguna dan perlu dibaca sambil kita menunggu berita di rumah.
“Contagion” diarah oleh Steven Soderbergh
Sci-fi seram yang diterbitkan pada 2011 dipadankan dengan “The Plague” dalam keadaan tidak menyenangkan menganggu ketidakpastian yang kita hadapi. “Contagion” mengisahkan virus maut yang berasal dari China dan menular ke serata dunia dalam tempoh masa yang singkat. Disebabkan tidak bersedia untuk menghadapi malapetaka pandemik sedemikian, doktor dari seluruh dunia berusaha memikirkan apa yang mampu dilakukan berkenaan virus maut ini. Filem tersebut menceritakan seorang blogger (Jude Law), seorang suami (Matt Damon) kepada isteri (Gwyneth Paltrow) yang pada awalnya menghidap penyakit itu dan doktor (Laurence Fishburne dan Kate Winslet) bertungkus-lumus mengenalpasti asal-usul penyakit maut itu. Filem ini mengesan virus maut itu, kepayahan untuk membendung penyakit, penularan wabak yang akhirnya berlaku jua, respon perlahan kerajaan dan akhirnya penemuan penawar. Di sepanjang perjalanan itu, ramai yang meninggal dunia dan banyak pengorbanan dilakukan oleh penduduk setiap hari di kala dunia menghadapi satu virus. Apa yang menjadikan “Contagion” menyeramkan ialah separuh masa yang pertama dalam cerita itu sangat tepat menggambarkan apa yang dirasai negara kini. Ketakutan dan perebutan ramai dan sifat kurang cakna yang ditunjukkan oleh segelintir boleh mengakibatkan kita seperti separuh masa kedua filem itu yang mana runtuhnya sistem sosial dan berlakunya histeria dalam masyarakat.
“I am Legend” diarah oleh Francis Lawrence
Dalam filem selepas penularan, Will Smith menggambarkan pengamalan pengasingan diri dan penjarakan sosial tahap ekstrem dan wataknya seperti orang terakhir yang hidup di Bumi. Robert Neville, watak yang dibawa oleh Smith bertahan hidup di New York dengan hanya ditemani German Shepardnya sementara beliau berusaha mencari penawar untuk penyakit yang hampir melupuskan seluruh manusia sejagat.
“10 Cloverfield Lane” diarah oleh Dan Trachtenberg
Antara contoh lain yang menarik bagi pengasingan sosial datang dalam bentuk sekuel kepada filem tahun 2008 yang bertajuk “Cloverfield”. Dalam “10 Cloverfield Lane,” Howard (John Goodman), Michelle (Mary Elizabeth Winstead) dan Emmett (John Gallagher Jr.) terperangkap di dalam bunker Howard selepas kejadian satu serangan nuklear yang menyebabkan udara di luar tercemar dengan radiasi. Di dalam pembukaan trailer filem tersebut, dan juga adegan seterusnya di dalam filem, kita boleh lihat adegan 3 orang yang tidak mengenali antara satu sama lain bekerjasama menyelesaikan teka teki bergambar, membaca, memasak, mendengar musik dan mencari cara untuk meluangkan masa menghabiskan tempoh pengasingan sosial. Kita harus bersyukur kerana wabak yang melanda kita hanyalah virus mudah berjangkit, tetapi bagi mereka di dalam filem tersebut harus menghadapi bahaya radiasi nuklear di luar rumah mereka.
Kini, sementara kita masih menunggu di dalam rumah bersama sahabat dan keluarga kita, ini adalah satu perkara yang menarik dan membantu untuk menonton satu genre ngeri yang berdasarkan penyakit atau virus yang melanda masyarakat seperti yang kita ketahui sekarang. Terdapat beratus buku, filem dan rancangan televisyen yang menggunakan realiti fiksyional yang digegarkan oleh wabak penyakit. Kini, kita boleh lihat dalam karya ini dengan perspektif baru dan harapan untuk mempelajari sesuatu daripada perkara ini atau dimusnahkan oleh wabak penyakit ini.
Quinn He boleh dihubungi di [email protected]
Anis Kamarddin adalah penterjemah Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected]
Alif Subardi adalah penyunting Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected]