Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

10 jenama bebas kekejaman terhadap haiwan mampu milik.

Syarikat yang menjalankan ujian ke atas haiwan adalah syarikat yang ketinggalan zaman
Colourpop+Official+Facebook+Page
Colourpop Official Facebook Page

Semenjak pengguna mula sedar tentang alat solek yang mereka gunakan, alat solek yang bebas kekejaman terhadap haiwan semakin mendapat perhatian dalam kalangan pengguna. Bagi golongan yang masih tidak mengetahui istilah “bebas kekejaman terhadap haiwan”, istilah ini bermaksud syarikat alat solek tersebut tidak menjalankan ujian produk mereka ke atas haiwan atau menyokong ujian ke atas haiwan dalam apa cara sekalipun. Ujian terhadap haiwan merupakan bukan satu masalah yang asing lagi dan aktiviti ini disokong oleh jenama yang kerap muncul dalam budaya terkini seperti Revlon, Maybelline, L’Oréal, MAC, Lancôme.

Secara peribadi, saya merupakan pengumpul tegar kosmetik. Sebagai pencinta alat solek dan haiwan, isu ini merupakan satu isu yang sangat berkait dengan saya dan ini merupakan satu isu yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan generasi Z . Saya bersyukur kerana citarasa saya dalam industri alat solek ini wujud sejak di usia kanak-kanak apabila saya akan menyelinap masuk ke bilik mandi ibu dan mencuri gincu beliau dan menconteng gincu tersebut ke seluruh muka. 

Semasa berada di sekolah menengah, saya semakin meminati alat solek dan mula membuat kajian mengenai produk yang saya sering gunakan dan saya mendapati bahawa prinsip syarikat tersebut tidak selari dengan prinsip saya. Antara perkara baik mengenai industri alat solek adalah produk mereka sentiasa berkembang dan diperbaharui dan jenama murah mampu untuk mempunyai kualiti yang setaraf dan dalam kes tertentu lebih bagus berbanding jenama yang lebih mahal. Berikut merupakan senarai syarikat mekap bebas kekejaman terhadap haiwan dan mesra bajet yang perlu anda lihat pada lawatan akan datang ke Target atau Ulta.

Colourpop

Colourpop merupakan produk berkualiti tinggi yang boleh didapati pada harga mampu milik. Mereka merupakan syarikat yang sangat terkenal bagi individu yang baru berjinak-jinak dengan alatan mekap dan juga pakar. Colourpop mempunyai segala yang anda perlukan seperti bedak asas, primer, pensel kening, maskara serta pelbagai jenis formula gincu cecair. Hampir keseluruhan produk mereka diiktiraf vegan dan bebas kekejaman terhadap haiwan. Pada tahun ini, produk Colourpop mula dijual di Ulta dan Sephora, tetapi jika anda ingin melihat katalog kesemua produk mereka, anda boleh lakukannya pada laman sesawang mereka. 

Wet n Wild

Syarikat ini mendapat banyak kritikan kerana mengeluarkan produk mekap yang tidak memenuhi citarasa ramai, tetapi mereka merupakan antara salah satu jenama mampu milik di luar sana. Penyerlah dan palet pembayang mata mereka sangat bagus walaupun dijual pada harga yang sangat murah. Tambahan pula, produk mereka sangat mudah didapati di CVS atau Walgreen. 

Catrice

Catrice merupakan satu jenama yang dipandang rendah di pasaran. Jika anda mencari penyembur yang tidak menberi kesan terhadap bedak asas dan penyerlah, Prime and Fine Multitalent Fixing Spray adalah jawapannya. Penyembur ini memberi semburan yang halus dan dianggap setaraf dengan Urban Decay All Nighter. Produk ini sangat berbaloi untuk dimiliki. 

e.l.f. Cosmetics

e.l.f. Cosmetics ialah merupakan salah satu jenama kosmetik yang murah dan mudah didapati yang sedang menguasai pasaran. Jenama ini boleh didapati dimana mana sahaja, seperti di Target dan di Walmart. Syarikat ini baru sahaja memasuki pasaran penjagaan kulit yang memenuhi citarasa pengguna yang inginkan solekan muka sepenuhnya. Syarikat ini turut menghasilkan pelbagai jenis berus vegan yang mampu menambah seri muka, kerana tiada sesiapa yang ingin menggunakan bulu haiwan pada wajah mereka.

Essence

Saya perlu mengakui bahawa saya bukannya seorang yang meminati solekan semulajadi. Apabila saya memakai maskara, saya mahukan bulu mata saya tampil lebih jelas dan kelihatan lebih panjang. Sekiranya anda memiliki citarasa seperti saya, jenama Essence adalah jenama maskara yang anda perlukan dalam hidup anda. Produk mereka hanya boleh didapati di Ulta.

NYX Professional Makeup

Satu jenama yang sangat dikenali ramai, NYX adalah salah satu jenama yang mudah didapati di pasaran. Produk bibir mereka yang sentiasa diperbaharui tidak diragui lagi merupakan antara produk bibir terbaik yang boleh didapati di pasaran kini, terutamanya di Target dan Ulta. Selain itu, produk Micro Brow Pencil mereka adalah setaraf dengan produk Anastasia Beverly Hills Brow Wiz, tetapi boleh dibeli dengan harga yang jauh lebih murah.

Milani

Sekiranya anda sedang mencari pemerah pipi lembab, tidak usah gusar lagi. Para Youtuber menyarankan mengenai pemerah pipi dari jenama ini kerana ia sememangnya jenama yang diminati ramai.

Morphe

Jenama ini terkenal kerana sering melakukan kerjasama bersama Youtubers kecantikan. Walaupun produk ini lebih mahal daripada produk yang lain dan hanya boleh ditemui di Ulta, produk palet pembayang mata mereka memilik kualiti yang jauh lebih baik daripada produk mahal yang lain. Sememangnya harga yang sangat berpatutan dengan kesan yang diberi.

Makeup Revolution

Berasal dari United Kingdom, produk ini merupakan perintis di Amerika Syarikat dalam penghasilan produk yang berkualiti tinggi bagi jenama mewah. Mereka juga merupakan satu jenama yang patut diberi perhatian.

Covergirl

Sebagai tambahan terbaru dalam keluarga bebas kekejaman terhadap haiwan, Covergirl tidak lagi memerlukan sebarang pengenalan. Jenama ini telah memperbaharui falsafah dan falsafah baharu ini jelas dipamerkan pada produk terkini mereka.. Covergirl kini menyertakan vegan dan bahan bersih ke dalam semua produk mereka. 

Joanna Buoniconti boleh dihubungi di [email protected]

Anis Kamarddin adalah penterjemah Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected].

Alif Subardi adalah penyunting Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected].

Leave a Comment
More to Discover

Comments (0)

All Massachusetts Daily Collegian Picks Reader Picks Sort: Newest

Your email address will not be published. Required fields are marked *