Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

Majlis Perbandaran Amherst mengadakan perbincangan mengenai perancangan UMass untuk North Village

Ahli komuniti berbincang mengenai hal perumahan bersama bahagian pentadbiran UMass dan Majlis Perbandaran
%28Parker+Peters%2FDaily+Collegian%29
(Parker Peters/Daily Collegian)

Majlis Perbandaran Amherst telah mengadakan satu mesyuarat pada Isnin lalu di mana pihak pentadbir University of Massachusetts telah membentangkan beberapa perancangan untuk North Village.

Pada September 27, pihak universiti telah mengeluarkan kenyataan bahawa North Village sebuah kompleks perumahan keluarga untuk pelajar sarjana akan digantikan dengan perumahan yang baru.

Kompleks tersebut telah dibina pada tahun 1971 dan menurut emel yang dihantar kepada semua penduduk, pihak universiti menyatakan bahawa “semua unit di North village telah melangkaui tempoh jangka hayat yang ditetapkan. Keadaan rumah yang telah uzur dan perlu dirobohkan sekiranya kami ingin menyediakan rumah pada kualiti yang berpatutan.”      

Menurut kenyataan yang diberikan, operasi pembinaan dijangka siap pada 2020 dan keutamaan akan diberikan kepada penduduk semasa North Village. “Kami sedar sebarang kesulitan dan gangguan daripada projek ini akan memberi kesan terhadap anda dan keluarga, jadi pihak kami amat komited dan akan berusaha melakukan apa sahaja yang ada dalam bidang kuasa kami bagi memberi sokongan untuk menempuh peralihan ini. Pihak kakitangan kediaman akan terus bekerjasama dengan anda dan keluarga untuk membantu menghadapi situasi ini.”

Dalam kenyataan balas terhadap pengumuman tersebut, penduduk North Village membincangkan perihal pembinaan, termasuk menulis surat kepada editor untuk diterbitkan dalam Massacussets Daily Collegian. 

Selain daripada itu, penduduk North Village mengeluarkan kenyataan beserta beberapa permintaan mereka kepada pihak UMass, antaranya tidak berlaku sebarang pilih kasih semasa proses penempatan semula penduduk, mengadakan forum dan bertindak lebih telus terhadap penduduk. Mereka juga meminta untuk mendapat borang sewa tahunan, menandatangani kontrak dengan pihak GSS/GEO berkenaan projek pembinaan yang bakal disiapkan pada 2022, membina jumlah unit perumahan untuk keluarga pelajar yang mencukupi, menambah dana dari Pejabat Dekan Pelajar bagi membolehkan penduduk semasa dan akan datang untuk membayar sewa serta menampung keluarga mereka dan membatalkan penutupan pusat keluarga. 

(Parker Peters/Daily Collegian)

Dalam perjumpaan antara Majlis Perbandaran, pentadbir UMass, Shane Conklin, naib canselor bagi kemudahan dan perkhidmatan kampus, Tony Maroulis, pengarah eksekutif hubungan luar dan acara universiti serta Nancy Buffone, naib canselor untuk hubungan universiti telah duduk berbincang mengenai perancangan pihak universiti untuk proses pembangunan dan memberi perhatian yang mendalam kepada North Village.

“Jadi kami telah mengenalpasti terutamanya untukpelajar yang tinggal di North Village merupakan satu peluang untuk mereka dan kami berusaha melakukan apa yang termampu untuk mengurangkan impak. Sejurus berikutan undian oleh pemegang amanah pada September 6, kesemua penduduk telah diberitahu tentang projek yang akan berlangsung dan keperluan mereka untuk berpindah yang mana merupakan pengumuman yang ingin kami sampaikan,” kata Buffone. Beliau menjelaskan tentang bagaimana pihak staf akan bertemu dengan setiap penduduk secara individu untuk menyelesaikan keperluan mereka.

Para pentadbir juga mengadakan pertemuan bersama penduduk North Village bagi menjawab persoalan mereka selama 2 jam.

Pentadbir juga menghantar arkib kepada pengurus hartanah di Amherst Utara untuk mencari kawasan penempatan yang berhampiran dengan komuniti semasa, khususnya Brandywine dan Presidential Apartments. 

Pelajar yang akan ditempatkan semula perlu terus membayar kos yang sama seperti bayaran untuk North Village Complex.

Kemudian, soalan dibuka kepada Majlis Perbandaran yang mengutarakan isu seperti kawasan permainan kanak-kanak, bilangan katil, piawaian kemampanan dan memutuskan ikatan ukhuwah komuniti yang menyifatkan komuniti North Village

Persoalan utama dalam perbincangan tersebut ialah soalan daripada Cathy Schoen, seorang kaunselor dari Daerah 1 yang bertanya “adakah anda akan menerima keluarga lain yang mempunyai kanak-kanak dan di manakah kamu akan menempatkan mereka? dan pada masa ini, wujudkan pelan untuk kajian semula? Kamu mempunyai sebuah komuniti pelajar pascasiswazah dan kanak-kanak yang hidup bersama, adakah kamu mungkin tidak menerima mana mana kumpulan? Jadi apakah yang akan berlaku pada mereka semasa kamu sedang membina perumahan yang baharu?”

Bagi menjawab persoalan tersebut, Maroulis berkata “berkenaan penempatan sementara pelajar akan ditempatkan di Brandywine dan Presidential, mereka boleh kembali ke kompleks dan membayar sewa dengan jumlah yang sama, dengan kenaikan yang telah ditetapkan sepertimana yang telah kami beritahu. Oleh itu, kami berhasrat untuk membina semula komuniti ini.”

Selepas para Counselors selesai dengan soalan mereka, perbincangan telah dibuka kepada ahli komuniti.

John Hornik bercakap bagi pihak Dana Amanah Perumahan Mampu Milik Daerah Amherst “Untuk jangka masa pendek, ahli dana amanah sangat bimbangkan kehilangan tempat tinggal bagi keluarga yang menetap di North Village dan keluarga pelajar pascasiswazah di Lincoln Apartments,” Hornik berkata, “Melihat pada jangka masa panjang, kami sangat risaukan jika masalah kemampuan milik rumah telah disuarakan secukupnya. Kos untuk pemilikan rumah dan sewa apartment telah meningkat di Amherst.”

“Apa yang kami boleh katakan dengan yakin ialah terdapat perbezaan yang besar antara unit perumahan dalam kampus dan kemasukan pelajar,” sambung beliau. “Peningkatan kemasukan pelajar telah berlaku lebih pantas daripada peningkatan kapasiti perumahan dalam kampus dan itu telah menyumbang kepada kekurangan unit perumahan di Amherst secara keseluruhan.”

(Parker Peters/Daily Collegian)

“Ia sangat tidak membantu apabila pihak universiti telah menerima sekurang kurangnya 800 kemasukan pelajar baharu melebihi jangkaan mereka pada musim luruh ini,” kata Hornik, menyudahi ucapan beliau dengan pandangan beliau tentang keperluan mesyuarat tentang pelang untuk menyediakan perumahan dan menangguhkan penerimaan pelajar baharu di UMass sehinggalah masalah perumahan ini telah selesai. 

Meg Gage, seorang wakil daripada Persatuan Kejiranan Daerah 1, menyokong jiran beliau di North Village. “I mahu memberikan pengalaman diri sendiri tentang bertapa istimewanya kejiranan dan komuniti dia North Village. Saya mula membabitkan diri saya dengan North Village lebih 30 tahun yang lepas di mana anak- anak saya masih lagi belajar di Marks Meadow[sekolah rendah]. Terdapat 22 bahasa ibunda yang digunakan oleh kanak-kanak di sana pada tahun pertama mereka,” kata Gage. “Wujud kepelbagaian di North Village di dalam pelbagai cara. Ia ada satu komuniti yang terbina dengan pelbagai kewarganegaraan dari orang pintar dari seluruh pelusuk dunia.”

Lebih banyak komen telah diujarkan tentang bagaimana Majlis Perbandaran boleh membuatkan penduduk North Village berasa selamat, Isu kemampuan milik perumahan dan bagaimana pelajar pascasiswazah dan keluarga mereka yang menetap di situ sepanjang tahun menyokong ekonomi dan program bandar ini.

Seorang kanak-kanak yang telah menetap di North village juga telah bercakap kepada tetamu yang hadir tentang apa yang beliau suka tentang kehidupan di North Village dan telah memohon kepada pihak universiti untuk tidak merobohkan kawasan perumahan tersebut.

Ahli perbandaran Sarah Swartz telah dipanggil oleh pihak Universiti untuk terus menjadikan perumahan pelajar mampu dimiliki pada masa hadapan

Dalam ucapan penutup beliau, Buffone berkata “Terima kasih kepada Majlis Perbandaran dan pelajar pascasiswazah termasuklah pihak lain yang telah hadir pada mesyuarat ini. Kami pastinya melihat mesyuarat ini sebagai kesinambungan kepada perbincangan terdahulu dan kami mengharapkan lebih banyak perbincangan dapat dilakukan bersama kalian.”

Jonas Schmidt, bekas pelajar peringkat ijazah sarjana muda di UMass dan kini berdaftar sebagai pelajar pascasiswazah, adalah penduduk di North Village. “Saya berasa bahawa perubahan telah dilakukan kerana wakil pihak pentadbiran telah memberikan kami banyak maklumat, sedangkan sebelum ini, kami hanya diberikan sedikit maklumat. Jadi pada saya itu adalah perubahan yang baik,” kata Schmidt

Sambung beliau, “Mereka menunjukkan bahawa mereka lebih mengutamakan masalah semasa para penduduk di mesyuarat hari ini. Saya boleh katakan hampir sepanjang mesyuarat tersebut mereka cuba untuk menyelesaikan masalah dan memudahkan penduduk, yang mana pada saya sangat diperlukan. Tetapi mereka juga seperti enggan menjelaskan pelan jangka panjang untuk masa depan perumahan yang kami rasakan merupakan isu yang lebih penting. Ini bukan kerana kami yang akan menetap di sana dalam jangka masa 2 tahun, tetapi untuk bakal pelajar dan pelajar yang telah menyumbang kepada komuniti.”

Cassie McGrath boleh dihubungi di [email protected] dan diikuti pada laman Twitter di @cassiemcgrath_.

Anis Kamarddin adalah penterjemah Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected].

Alif Subardi adalah penyunting Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected].

View Comments (1)
More to Discover

Comments (1)

All Massachusetts Daily Collegian Picks Reader Picks Sort: Newest

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • R

    RajanOct 11, 2019 at 5:37 pm

    This is the best article written! Keep it going!

    Reply