Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

Perpustakaan sahaja adalah tidak memadai

Kawasan pembelajaran yang lain juga perlukan diberi perhatian.
%28Will+Katcher%2F+Daily+Collegian%29
(Will Katcher/ Daily Collegian)

Perpustakaan UMass merupakan struktur akademik tertinggi di dunia dan merupakan perpustakaan terbesar yang dibiayai umum di New England. Perpustakaan W.E.B Dubois bukan sahaja merupakan tempat untuk para pelajar mengulang kaji, belajar dan melakukan kerja kumpulan, malahan ia juga merupakan simbol kepada universiti dan merupakan sesuatu yang unik bagi University of Massachusetts Amherst. Dengan mempunyai 26 tingkat untuk kawasan pembelajaran, kawasan khas bagi kerja berkumpulan dan sumber lain seperti Pusat Rujukan Pembelajaran dan Pusat Pencetakan 3D, adalah mustahil bagi pelajar UMass untuk mempunyai kesukaran mencari kawasan belajar yang kondusif.

Ada beberapa ketika apabila saya tidak mahu membuat kerja di bilik sendiri, saya mempunyai kesukaran untuk mencari tempat untuk belajar. Saya lebih suka untuk membuat kerja saya di atas meja yang besar berbanding meja kecil. Selain itu, bilik saya agak bising atau sering membuatkan saya alpa. Walaupun UMass sering menekankan bahawa perpustakaan sesuai dijadikan tempat untuk belajar, saya masih menjadikan perpustakaan sebagai pilihan terakhir untuk saya jadikan tempat untuk membuat kerja sekolah atau mengulang kaji pelajaran. 

Perpustakaan merupakan satu tempat yang bagus untuk dijadikan tempat belajar ketika di kampus kerana hampir kesemua sumber rujukan yang terdapat di sesebuah universiti boleh ditemui di perpustakaan. Ketika saya melakukan lawatan ke univerisiti lain sebelum saya membuat keputusan untuk memilih UMass, saya berminat untuk melihat perpustakaan dan persekitarannya kerana saya merasakan bahawa saya akan menghabiskan hampir keseluruhan masa belajar saya di perpustakaan. Walaubagaimanapun, pengalaman saya di UMass sangat berbeza dengan apa yang saya jangkakan. 

Walaupun sesetengah pelajar mungkin menyukai perpustakaan, saya mendapati bahawa keseluruhan struktur adalah ketinggalan zaman dan tidak mesra pengguna. Walaupun dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk pelajar seperti perkhidmatan pencetakan dan teknologi maklumat, saya hanya akan ke perpustakaan jika benar-benar perlu. Keadaan di tingkat atas perpustakaan terutamanya agak kedap dan tidak selesa. Disebabkan oleh bilangan rak buku yang terlalu banyak, pencahayaan agak terhad kerana lampu yang terletak jauh dari tingkap dan kurang pencahayan asli di setiap tingkat.. 

Saya lebih suka untuk belajar di Campus Center, South College, Integrated Science Building dan beberapa bangunan awam lain yang terdapat di kampus dan dibuka sehingga lewat malam. Tempat seperti ini merupakan laluan umum pelajar dan pada pendapat saya, saya lebih sukakan kawasan seperti ini daripada tempat belajar yang terlampau sunyi. Perpustakaan juga tidak menawarkan banyak kawasan pembelajaran bagi mereka yang memilih untuk belajar secara bersendirian yang mempunyai papan putih atau papan hitam untuk membuat kerja. Kebanyakan kawasan pembelajaran secara berkumpulan sahaja yang dilengkapi dengan aspek sedemikian kerana ia lebih berguna untuk tujuan kolaborasi. Namun demikian, meskipun saya belajar bersendirian, saya lebih suka untuk mempunyai akses terhadap peralatan tersebut. 

UMass menjadikan perpustakaan sebagai satu simbol yang melambangkan universiti. Perpustakaan UMass sering dipaparkan pada muka depan setiap brosur dan buku panduan bagi pelajar baharu, dan sering diwar-warkan kepada pelajar tahun pertama sebagai tempat terbaik untuk belajar. Saya tidak menafikan hal ini dari segi saiz kerana dengan bilangan aras yang ada, adalah mustahil untuk pelajar tidak menjumpai ruang untuk belajar tetapi pihak UMass harus perlu sedar akan kekurangan perpustakaan UMass.

Terdapat banyak kawasan belajar di kawasan kampus yang mungkin lebih berhampiran dengan asrama pelajar berbanding perpustakaan yang terletak di tengah-tengah kawasan universiti dan tiada asrama yang berdekatan. Bangunan seperti ILC atau ISB juga bagus untuk dijadikan tempat belajar semasa pertukaran antara kelas dan begitu juga dengan bangunan yang kurang dikenali seperti John W. Olver Design Building atau Isenberg Business Hub yang baharu.

Belajar di perpustakaan mungkin berkesan bagi sesetengah pelajar. Walaubagaimanapun bagi pelajar yang mencari tempat lain untuk melakukan kerja, mereka perlu sedar bahawa masih terdapat banyak tempat lain di sekitar kampus yang menyediakan lokasi yang lebih mudah diakses, persekitaran yang produktif dan lebih sesuai untuk mereka. Sebagai pelajar tahun pertama, saya mendapati bahawa saya perlu mencari tempat lain untuk belajar. Kebanyakan informasi akan memberikan maklumat bahawa perpustakaan adalah pusat produktiviti dan kerja-kerja akademik di kampus. Berdasarkan pengalaman saya sendiri selama setahun serta nasihat dari RA dan pelajar lain, saya telah berjaya menjumpai beberapa kawasan belajar kegemaran saya di sekitar kampus dan kesemuanya adalah lebih dekat dengan asrama saya  dan mempunyai persekitaran yang lebih menarik berbanding perpustakaan.  

Walaupun begitu, saya tidak memandang rendah akan usaha untuk menggalakkan penggunaan perpustakaan kerana perpustakaan memiliki sumber yang amat luas dan banyak pilihan bagi kawasan pembelajaran. Pihak Universiti tidak sepatutnya hanya meletakkan fokus terhadap satu pusat pembelajaran sahaja kerana universiti mempunyai pelbagai bangunan yang lain. Lebih banyak maklumat tentang kawasan pembelajaran di kampus harus disediakan kepada pelajar tahun pertama untuk membantu mereka mencari tempat belajar yang mudah diakses dan sesuai untuk membuat kerja tanpa ada sebarang kesulitan.

Alanna Joachim adalah kolumnis Collegian dan boleh dihubungi di [email protected]

Anis Kamarddin adalah penterjemah Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected].

Alif Subardi adalah penyunting Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected].

Leave a Comment
More to Discover

Comments (0)

All Massachusetts Daily Collegian Picks Reader Picks Sort: Newest

Your email address will not be published. Required fields are marked *