Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

Ahli jawatankuasa SGA mulakan siasatan terhadap Presiden Sullivan

Lebih dari 100 orang pelajar telah menandatangani petisyen
Anish+Roy%2FDaily+Collegian
Anish Roy/Daily Collegian

Satu penyiasatan berkaitan dengan isu pemecatan Presiden Persatuan Kerajaan Pelajar yang terkini Timmy Sullivan telah diumumkan semasa perjumpaan persatuan tersebut pada Rabu lalu, 30 Oktober yang berlangsung di University of Massachusetts. 

Sebuah petisyen yang memperolehi lebih daripada 100 tandatangan dari pelajar yang dan memohon kajian semula pada masa terdekat mengenai isu bagaimana pihak SGA menguruskan dana yang diperuntukkan, terutamanya dari segi pembayaran gaji. Althea Turley, pengerusi bahagian pentadbiran untuk SGA senat menyatakan bahawa penyisasatan ini akan dikendalikan oleh jawatankuasa kecil undang-undang dan etika.

“Ini adalah sesuatu yang jarang berlaku untuk bahagian undang-undang dan etika untuk melakukan penyiasatan, terutamanya hal berkaitan pemecatan jawatan,” ujar Turley. “Ahli jawatankuasa ini akan mula mengumpul maklumat bagi mengetahui apa yang berlaku, punca kejadian dan kesan daripada kejadian ini.

Siasatan yang telah dimulakan pada hari Ahad memberi ruang selama 30 hari kepada jawatankuasa kecil untuk mempertimbangkan semula isu yang dibangkitkan dalam petisyen tersebut serta menyediakan satu laporan kepada senat bagi tujuan tersebut. Jawatankuasa kecil boleh menarik balik semula semua tuntutan yang dikemukakan dan jika pihak jawatankuasa kecil merasakan undang-undang SGA disalahgunakan, senat boleh mengundi untuk pelucutan jawatan. Jika seorang presiden dilucutkan jawatan, isu penyingkiran akan dipertimbangkan oleh pihak kehakiman. 

Petisyen tersebut yang tidak mempunyai nama penulis dan hanya menyatakan bahawa “beberapa individu” telah menyertai dalam aktiviti “penyalahgunaan kuasa” pada semester musim bunga 2019, turut terlibat adalah Naib Presiden Nathalie Amazan yang menerima dana selepas mengumumkan hasrat mereka untuk meletakkan jawatan. Walaubagaimanapun, petisyen tersebut hanya memfokuskan tentang Sullivan sebagai eksekutif SGA dan satu-satunya parti terlibat yang masih memegang jawatan.

Petisyen tersebut memohon “pandangan bebas politik bagi perlakuan Presiden” dan petisyen tersebut juga menyatakan bahawa mereka sedar petisyen tersebut mempunyai kebarangkalian untuk terlibat dalam “drama politik”. 

Tertulis di dalam dokumen tersebut adalah“Persatuan Pelajar Kerajaan telah gagal dalam mengawasi tanggungjawab dan kami tidak mempunyai sokongan yang mencukupi untuk memohon tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawan dan meluluskan pembaharuan ini agar benda yang sama tidak berulang lagi,”.

“Sesiapa yang menulis dokumen itu, yang mana saya masih tidak mengetahui siapa yang bermotifkan pelucutan jawatan saya,” kata Sullivan. Perbualan yang berlangsung selama empat minit itu akan menyelesaikan perkara ini dan menjawab semua persoalan dari jawatankuasa kecil. 

Petisyen pertama yang mengutarakan isu perletakan jawatan Setiausaha Teknologi, Sam Poza, Oktober 2018 yang lalu dan Timbalan Presiden Nathali Amazan pada Februari 2019. Petisyen tersebut mendakwa bahawa Sullivan tidak menjalankan tugas untuk mengemukakan pengganti untuk setiap jawatan kepada senat.

“Jawatan itu [ setiausaha teknologi] dibuka sepanjang tahun,” ujar Turley mengenai jawatan setiausaha teknologi pada satu temuduga yang diadakan sebelum perjumpaan pada Rabu lepas. “Hal ini bermaksud semua wang yang diperuntukkan untuk jawatan tersebut dan timbalan presiden boleh diambil oleh presiden dan jawatan lain

Sullivan berkata tiada permohonan diterima bagi jawatan itu apabila disoal mengenai pengambilan kerja untuk jawatan setiausaha teknologi. 

“Saya mematuhi prosedur sebenar sepertimana yang dinyatakan dalam undang-undang,” kata Sullivan. “Saya tidak memaksa seseorang untuk bekerja. Tidak ada pemohon…jadi tidak ada calon yang boleh dikemukakan kepada pihak senat. Jadi, ia dibiarkan kosong sehingga penggal kedua saya bermula.”

Terdapat seorang pemohon sejurus sahaja penggal kedua Sullivan bermula dan Timothy Nguyen telah mengambil alih jawatan sebagai setiausaha teknologi pada masa kini. 

Berhubung isu naib presiden, Sullivan berkata terdapat hanya seorang pemohon bagi jawatan tersebut, Hayden Latimer-Ireland. Walaubagaimanapun, selepas sesi permohonan dan temu duga,  pilihan raya telah berlaku, di mana Sullivan dan Latimer-Ireland telah menang dan Latimer-Ireland mengangkat sumpah sebagai naib presiden pada April.

Menurut Sullivan senator tidak datang kepada beliau mengenai pilihannya untuk tidak menamakan calon bagi menggantikan Amazan pada minggu sebelum penggal kedua beliau bermula atau bila-bila masa sebelum petisyen tersebut. 

“Pertama kali saya mendengar semua isu yang dibangkitkan kepada saya adalah selepas petisyen ini difailkan,” kata Sullivan.

Selain pertuduhan terhadap Sullivan menyalahi undang-undang, petisyen tersebut mendakwa bahawa presiden SGA turut melanggar etika dengan memperoleh gaji lebih daripada 40 jam dalam tempoh dua minggu. 

 Menurut gaji SGA FY18-19, Sullivan dibayar gaji untuk tempoh bekerja selama 60 jam  yang bertarikh 3 Februari sehingga 2 Mac dan 17 March sehingga 27 April yang berjumlah lima kali pembayaran gaji atau dua minggu.

Petisyen menyatakan isu pembayaran gaji berikutan penambahan aktiviti untuk Yuran Amanah Aktiviti Pelajar yang menggabungkan dana RSO dan SGA dan sebanyak $1817.25 yang diperuntukkan untuk kegunaan lain selain yang dinyatakan di dalam bajet dan jumlah wang ini “adalah lebih besar daripada bajet 83 Persatuan Pelajar yang berdaftar yang lain”.

$1817.25 [yang diperuntukkan kepada Sullivan dan pegawai lain pada Spring 2019] adalah bersamaan dengan jumlah pembayaran gaji yang tidak disahkan kepada 14 orang pelajar.

“Terdapat beberapa orang ahli Persatuan Pelajar Kerajaan yang bekerja melebihi masa yang dibenarkan, tetapi anda tidak perasan mereka terlibat dalam kesalahan ini,” dakwa petisyen. 

“Pada saya, apabila membaca laporan pembayaran gaji, saya agak terkilan,” kata Jake Binnall, pemegang amanah pelajar memberitahu semasa beliau merupakan setiausaha pendaftaran pada tahun lepas dan bekerja bersama RSO yang berpengalaman luas dengan pemotongan bajet.

Binnall dan Turley berkata mereka masing-masing menemukan isu pembayaran gaji yang dipertikaikan ini pada akhir September. Binnall berkata beliau berbuat demikian kerana perasaan ingin tahu bagaimana wang umum digunakan. Pada semester lepas, semenjak Binnall memegang jawatan setiausaha kabinet di bahagian pendaftaran, beliau tidak melihat isu tersebut bersendirian.

Menurut Turley, “Kami semua amat sibuk pada tahun lepas tetapi terdapat ramai yang mempersoalkan mengenai jawatan yang telah lama dibiarkan kosong. Kami baru berkesempatan untuk melihatnya [sekarang],”

Sebagai pemegang amanah pelajar, Binnall tidak mempunyai tugas rasmi dalam proses pelucutan jawatan tetapi beliau berkata “saya amat terkilan mengenai hal ini, jadi saya memilih untuk bersuara.”

Petisyen tersebut membangkitkan jika terdapat “yang sah dan menunjukkan keperluan untuk meningkatkan jam bagi tempoh masa tersebut,” para pegawai telah membentangkan permohonan mereka kepada pihak SGA dan permohonan tersebut sepatutnya telah diterima, dianalis dan diluluskan oleh senat. 

Menurut Sullivan, permintaan tersebut tidak diperlukan.

“Bayaran itu adalah untuk menjadikan pekerjaan tersebut lebih mudah diakses,” kata Binnall. “Kamu tidak sepatutnya dibayar untuk setiap jam kamu bekerja”

“Sekiranya terdapat permasalahan bahawa presiden sepatutnya dibayar lebih, ia sepatutnya telah dijadikan perbincangan yang melibatkan SGA dan badan pelajar secara keseluruhan, ”

Menurut Garis Panduan Pembiayaan Tabung Amanah Aktiviti Pelajar bagi Agensi dalam FY21, tiada mana mana jawatan pelajar boleh diberi bajet untuk lebih 20 jam setiap minggu semasa proses aplikasi bajet.

Apabila ditanya sekiranya jawatan beliau adalah “terhad” kepada 20 jam seminggu, Sullivan berkata setiap jawatan mempunyai jam yang telah diperuntukkan dalam permintaan bajet,

“Tetapi perkara tersebut adalah maklumat umum, hanya dengan kelulusan daripada presiden, setiausaha kewangan dan penasihat SGA, bajet itu boleh diubah”

Apabila Amazan masih memiliki jawatan tersebut, Sullivan berkata Amazan telah mengurangkan gaji beliau kepada 17.5 untuk setiap jam bagi dua jawatan, presiden dan naib presiden, supaya mereka dibayar sama rata.

“Dengan perletakkan jawatan oleh Natalie, I secara tidak langsung telah menjadi kedua-duanya, presiden dan naib presiden… kami sebelum ini membahagikan kerja kepada dua, tetapi kini saya mempunyai kerja sebanyak dua kali ganda,” kata Sullivan. Beliau berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan setiausaha kewangan dan penasihat untuk menambah bukan kepada peruntukkan penuh, tetapi hanya kepada 30 jam seminggu.

Apabila ditanya mengenai yuran SATF dan hubungan yuran tersebut dengan pembayaran gaji SGA, Sullivan berkata, “Dua perkara tersebut langsung tidak mempunyai kaitan.”

“Perkara ini sekali lagi berbicara tentang ‘bayaran lebih’ yang mana saya rasa bukan caranya untuk melihat situasi ini. Andai Nathalie[Amazan] terus memegang jawatan tersebut, duit pastinya masih diberikan bagi kerja tersebut, ” kata Sullivan

“Seseorang harus menerima bayaran tersebut. Seseorang telah mengisi jawatan kosong tersebut,” tambah beliau, menjelaskan tugas tambahan beliau pada semester musim luruh itu.

Dia juga telah menyatakan sokongan beliau terhadap peningkatan yuran SATF, dan berkata, “Saya menyokong perkara ini kerana kumpulan pelajar tersebut telah datang kepada kami dan kami merasakan bahawa ini adalah sesuatu yang perlu kami lakukan”

Kebimbangan utama Binnall dan Turley adalah pada bulan April 2019, apabila Latimer-Ireland telah dilantik sebagai naib presiden, tetapi Sullivan terus melaporkan 30 jam seminggu dari 31 March sehingga 27 April.

“Apakah yang telah terjadi pada bulan tersebut?” tanya Binnall.

“Duit tersebut yang telah diambil daripada masa bekerja tambahan dan boleh digunakan untuk membiayai pelbagai pertubuhan lain,” kata Turley. “Ia tidak semestinya telah melanggar undang-undang, tetapi perkara itu adalah sangat tidak beretika”

Sullivan berkata bayaran gaji untuk bulan April adalah berkemungkinan telah diubah pada masa peralihan antara tahun akademik. 

Apabila ditanya tentang kemungkinan untuk agenda politik, Binnall mengakui dia merupakan calon untuk naib presiden untuk musim bunga 2018, di mana Sullivan telah dilantik untuk semester pertama beliau. Walaubagaimanapun, beliau telah menekankan bahawa beliau, sebagai calon untuk pemegang amanah pelajar, tidak terlibat dalam kempen presidensi 2019. Turley bekata bahawa beliau tidak menyokong mana- mana calon atau sukarelawan untuk mana-mana kempen

Turley telah mengesahkan rekod pembayaran musim luruh 2019 dan menyatakan bahawa terdapat satu jangka masa tidak berbayar yang mana Sullivan menyatakan beliau bekerja lebih daripada 20 jam. Beliau mengambil keputusan untuk tidak menjawab soalan selepas memberikan laporan SGA pada Rabu lalu, kerana siasatan penuh masih dilakukan untuk menjawab semua persoalan.

Dalam sebuah mesyuarat, tiada senator yang telah menanyakan soalan tentang penyiasatan tersebut apabila Binnall, Sullivan, Turley dan Peguam Negara Ilina Shah memberikan komen terhadap penyiasatan itu dalam pengumuman mereka. 

“Kita perlu memberi ruang kepada mereka [pihak sub-jawatankuasa] untuk melalui proses tersebut tanpa sebarang gangguan,” kata Binnall. “Pada masa ini, ia dalah sangat kritikal untuk kita mematuhi proses ini dan tidak tidak menjejaskan usaha mereka.”

Turley berkata bahawa terdapat keperluan untuk mengatasi masalah mereka yang terlibat “dengan minda yang terbuka.”

“Saya mempunyai kepercayaan terhadap ketelusan undang-undang dan saya mahu kita semua untuk mematuhi proses ini,” kata Sullivan. “ Saya kini menyokong sepenuhnya AA berikutan tindakan mereka, peraturan dan etika sub-jawatankuasa yang terlibat dalam proses ini.”

Shah telah menjadikan dirinya sendiri sebagai sumber untuk menjelaskan undang-undang yang terlibat dan proses penyiasatan dalam tugasnya sebagai bekas pegawai kepada AA dan kerja rapat dengan peraturan dan etika sub-jawatankuasa.

“Undang undang tidak menyatakan yang saya perlu terlibat dengan proses penyiasatan itu sendiri. Tetapi, tugas saya mengikut undang-undang ialah saya perlu mengimplementasikan peraturan yang telah ditetapkan dan perlu bertindak mengikut keadaan sekiranya berlaku sebarang pelanggaran undang-undang.” jelas Shah. 

Tambah Sullivan, “ Kami [pihak SGA] semua akan terus aktif untuk berhadapan dengan isu yang melibatkan pelajar.”

Kathrine Esten boleh dihubungi di [email protected] dan boleh diikuti di Twitter di @KathrineEsten

Anis Kamarddin adalah penterjemah Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected].

Alif Subardi adalah penyunting Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected].

Leave a Comment
More to Discover

Comments (0)

All Massachusetts Daily Collegian Picks Reader Picks Sort: Newest

Your email address will not be published. Required fields are marked *