Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

Jauh dari pandangan, jauh dari pemikiran

Ketidakpentingan notis pemberitahuan
Collegian+File+Photo
Collegian File Photo

Ada ketika ianya merupakan bunyi paling menarik yang anda dapat, dan ada masanya juga ia adalah bunyi yang paling mengecewakan , ianya mampu mengubah emosi anda daripada gembira bertukar menjadi sedih dan sebaliknya. Bunyi yang saya maksudkan ialah merujuk kepada sesuatu di dalam poket anda, getaran kecil yang menyebabkan anda membuka kekunci telefon. Walaupun tanpa melihat pada skrin telefon, anda sedar bahawa sesuatu sedang berlaku sama ada ianya ialah berita yang menggemparkan, Snapchat dari kawan anda mahupun pos dari Instagram. Tidakkah anda merasa penat akan pemberitahuan yang tidak berfaedah ini?

Matikan sahaja!

Sejak telefon pintar mula dikeluarkan, masyarakat hanya memandang skrin telefon mereka semasa berjalan ke kelas, didalam tandas mahupun di atas katil.Tetapi jika kita letakkan telefon itu untuk seketika, kita pasti akan dapat melupakannya – jauh dari pandangan, jauh dari minda juga bukan? Tidak semestinya. Notis pemberitahuan ialah peringatan, meskipun sesetengah perkara lebih penting daripada perkara yang lain, memberitahu kita apa yang kita terlepas; dengan paparan tertulis “FOMO” dan notis pemberitahuan mengenai berita terkini yang di luar kemampuan kita untuk mengambil sebarang tindakan. Sejujurnya, apa yang perlu saya lakukan apabila saya melihat gambar mengenai percutian seseorang ke Santorini? 

Sejak bilakah pembelian telefon pintar ini menyamai komitmen yang sama persis seperti mendapat kelahiran baru? Mengambil telefon anda untuk melihat siapa yang menghantar pesanan dan aplikasi yang perlu dihadapi adalah sama seperti menjaga bayi, notis pemberitahuan ialah tangisan yang memerlukan perhatian. Jika seseorang atau sesuatu memerlukan mereka untuk menghubungi anda, mereka akan berbuat demikian. Anda mungkin akan mendapat panggilan telefon atau mungkin, anda perlu berinteraksi dengan manusia sebenar. 

Perkara yang sangat menganggu saya tentang notifikasi ini adalah kemampuannya untuk menjadikan sesuatu aktiviti itu hilang tujuan asalnya, dan ini mungkin memberikan kesan positif mahupun negatif. Sememangnya anda akan berasa gembira apabila anda menerima mesej daripada seseorang yang istimewa, peringatan tentang selebriti kegemaran anda mengeluarkan produk baharu, atau menerima panggilan Facetime daripada rakan-rakan. Tetapi, notis ini mungkin juga memberitahu anda tentang serangan teroris, atau berita kematian seorang selebriti. Teks tidak boleh menunjukkan sebarang emosi dan peringatan seperti ini tidak mampu untuk menunjukkan tahap kepanikan yang sebenar; mereka tidak menggambarkan perkara yang sebenar. Tidak ada apa-apa yang ada boleh lakukan apabila anda menerima notis seperti ini yang mampu tunjukkan perasaan anda yang sebenar. Kita perlu teruskan kehidupan walaupun mengetahui tentang sesuatu perkara tanpa ada kuasa untuk mengubah apa yang bakal terjadi.

Saya bukanlah ingin mengatakan anda perlu serta merta mematikan notis pemberitahuan alat peranti anda, tetapi anda boleh mulakan usaha untuk mengurangkan kekerapan anda menyemak notis di telefon bimbit anda dengan mengambil langkah-langkah kecil pada peringkat awal. Sesetengah orang telah mematikan fungsi notifikasi paksaan, yang mana notis ini akan muncul pada paparan skrin kunci anda. Dengan ini, notis ini hanya akan muncul sebagai simbol di penjuru atas kanan skrin ataupun notis ini hanya muncul di dalam aplikasi tersendiri. Perkara ini mampu mengelakkan anda daripada terus kerap menyemak telefon bimbit anda untuk pastikan anda terlepas daripada sesuatu yang penting. Terdapat juga orang yang menggunakan taktik pembelajaran yang popular dengan menetapkan jam penggera pada setiap jam supaya anda boleh menggunakan telefon bimbit selama 10 minit. Selepas 10 minit tersebut tamat, mereka terus kembali kepada aktiviti yang sedang mereka lakukan. Kepada sesiapa yang ingin terus mengambil langkah drastik tanpa mematikan notis pemberitahuan, wujud satu tetapan khas untuk anda iaitu mod kapal terbang. Seperti yang tertulis pada namanya, mod kapal terbang sebenarnya dicipta khas untuk digunakan semasa dalam penerbangan, tetapi ramai orang menggunakannya untuk menjimatkan bateri telefon bimbit dengan melumpuhkan sistem data selular. Selain menjimatkan penggunaan bateri telefon, mod kapal terbang akan mematikan semua notis dan boleh membantu anda untuk fokus kepada kehidupan bebas skrin. 

Notis pemberitahuan sebenarnya perlu ditutup. Sejujurnya, tidak wujud sebab yang munasabah untuk kita mengaktifkan notis pada gajet melainkan kita ingin diingatkan tentang berita yang telah terjadi dan tidak boleh diubah serta melihat gambar pemandangan yang menarik di tempat yang kita tidak mampu pergi. Oleh itu, saya ingin menyarankan anda semua untuk lebih menghayati kehidupan di dunia sebenar dan memilih untuk meluangkan sedikit masa bersama alat peranti anda. Pergilah berjalan-jalan, meluangkan masa bersama rakan-rakan sambil menghirup kopi, baca buku yang mampu mencabar minda, tubuh badan dan jiwa anda. Tinggalkan telefon bimbit anda untuk sementara dan pergilah nikmati kehidupan anda; kerana notis-notis yang anda terima itu mungkin perkara yang penting, tetapi menjadi kewajiban anda untuk hidup di dunia sebenar, bukan di dunia maya.

Max Schwartz adalah kolumnis Collegian dan boleh dihubungi di [email protected]

Anis Kamarddin adalah penterjemah Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected].

Alif Subardi adalah penyunting Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected].

Leave a Comment
More to Discover

Comments (0)

All Massachusetts Daily Collegian Picks Reader Picks Sort: Newest

Your email address will not be published. Required fields are marked *