Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

Mengubah persepsi tentang belajar di luar negara

Wujudnya sistem untuk belajar di luar negara
Collegian+File+Photo
Collegian File Photo

Perjumpaan bersama penasihat sepanjang semester, yuran yang mahal, memohon VISA dan menempah tiket penerbangan. Pastinya anda merasakan serabut apabila memikirkan tentang semua ini?

Pada hakikatnya, program belajar di luar negara telah dirangka bagi semua pelajar di University of Massachusetts Amherst tanpa mengira latar belakang kewangan. Pengalaman melancong ke seluruh dunia mahupun hanya ke bahagian lain di Amerika Syarikat adalah merupakan satu pengalaman berharga yang tidak patut dilepaskan begitu sahaja hanya kerana mereka mungkin kurang berkemampuan. Jika belajar di luar negara adalah impian hidup anda tetapi anda mengetepikan impian tersebut atas dasar kewangan, maka inilah peluang untuk menjadikannya suatu kenyataan. Tambahan pula, pelajar akan menerima pelbagai bantuan melalui pihak UMass berkenaan hal ini.

Setiap program yang ditawarkan adalah pada harga yang berlainan dan terdapat pelbagai pilihan tempat yang anda boleh pilih. Saya akan melanjutkan pelajaran di Australia pada tahun depan dan ianya sedikit mahal jika dibandingkan dengan negara lain. Walaubagaimanapun, terdapat banyak lokasi dan universiti yang berbeza untuk dipilih dan kesemuanya mempunyai yuran pengajian yang berlainan. 

Menurut GoAbroad.com, Jerman sangat dikenali dengan kadar yuran yang berpatutan bagi pelajar melanjutkan pengajian di luar negara. Eropah juga mempunyai banyak tempat popular untuk dikunjungi oleh para pelajar pada hujung minggu. GoAbroad.com sangat membantu dalam membandingkan harga program pengajian di luar negara dan kos sara hidup di pelbagai negara. Sebagai contoh, saya kenal beberapa pelajar di Sepanyol yang melancong ke London, Jerman dan sebagainya pada setiap hujung minggu. Harga tiket penerbangan lebih murah dari apa yang anda fikirkan kerana hampir kesemua tempat di Eropah hanya mengambil masa beberapa jam antara satu sama lain.

Tidak dinafikan bahawa semua orang mempunyai keraguan mengenai pengajian di luar negara – begitu juga saya. Namun demikian, memikirkan tentang pengalaman yang akan diperoleh dari hal tersebut telah mendorong saya untuk meneruskan hasrat untuk belajar di luar negara. Saya percaya bahawa melancong ke negara asing akan mengubah hidup saya, walaupun pada zahirnya kelihatan seperti menakutkan dan mustahil, namun ia mungkin mampu memberikan saya pengalaman yang sangat berbaloi. Saya yakin di masa hadapan saya lebih mahukan untuk mengimbau masa di UMass dan menggunakan bantuan dari pihak universiti untuk ke luar negara berbanding dengan menyesal kerana tidak menggunakan peluang ini.

Jika keraguan anda tidak berkisarkan hal kewangan, ia juga sesuatu yang menakutkan untuk meninggalkan keluarga untuk jangka masa yang agak lama dan lari dari perkara yang telah menjadi kebiasaan anda. Ia memerlukan keberanian untuk melakukan perubahan yang besar seperti ini kerana ia agak menakutkan untuk mendalami budaya baru. Tetapi, selepas sahaja anda membiasakan diri dengan kehidupan baru anda, anda boleh mengenali diri anda dengan lebih mendalam, lebih daripada yang anda jangkakan. 

Walaupun sesetengah kawasan mempunyai kos yang lebih rendah, tetapi apakah yang dimaksudkan dengan “kos rendah” ini? Beberapa dollar lebih murah? Sebenarnya, ia masih mahal, dan biasiswa atau bantuan kewangan boleh membantu anda. Pelbagai biasiswa yang layak dipohon oleh para pelajar, dan bantuan kewangan mampu membantu pelajar yang memerlukan. Walaupun perkara ini kelihatan agak suka, tetapi wang tidak sepatutnya menjadi halangan bagi anda untuk merasai pengalaman di tempat lain. Lawatilah Pejabat Program Antarabangsa dan saya jamin ianya adalah satu usaha berbaloi.

Seperti yang saya nyatakan, melanjutkan pelajaran di luar negara adalah sesuatu yang tidak wajar dilepaskan oleh pelajar. Saya sudah banyak melancong sepanjang hidup dan saya bercadang untuk belajar di Australia pada semester akan datang, jadi saya mempunyai idea tentang apa yang akan saya hadapi. Saya juga banyak mendengar dari pelajar lain yang turut belajar di luar negara di merata dunia dan mengatakan hal yang sama, ianya merupakan pengalaman sekali seumur hidup dan pengalaman yang mampu mengubah hidup anda.

Menyelami budaya yang berbeza, berjumpa orang baru dan belajar sesuatu yang anda minat dalam cara yang baru ialah pengalaman hebat yang tiada peganti. Kehidupan di UMass juga menyeronokkan – jangan salah faham. Tetapi ada kalanya dalam kehidupan, seseorang itu perlu menerokai sesuatu yang baru. Dengan itu, saya yakin apabila kita mendapat peluang yang menakjubkan seperti ini, kita perlu menggunakannya sebaik mungkin. 

Tory Tustin adalah Penyumbang Collegian dan boleh dihubungi di [email protected]

Anis Kamarddin adalah penterjemah Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected].

Alif Subardi adalah penyunting Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected].

Leave a Comment
More to Discover

Comments (0)

All Massachusetts Daily Collegian Picks Reader Picks Sort: Newest

Your email address will not be published. Required fields are marked *