Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

Tinggalkan lagu untuk senaman anda dan gantikan dengan podcast

Kebaikan mendengar podcast semasa melakukan senaman
Courtesy+of+UMass+Campus+Recreation+official+Facebook+page
Courtesy of UMass Campus Recreation official Facebook page

Masyarakat selalu mengatakan bahawa untuk hadir ke gimnasium adalah bahagian paling sukar untuk bersenam tetapi untuk memberi motivasi kepada diri sendiri untuk menghabiskan sesi senaman juga adalah sukar. Kebanyakan orang bergantung kepada senarai lagu kegemaran mereka untuk menghabiskan latihan harian mereka. Walaubagaimanapun, terdapat banyak sebab mengapa ia sangat berbaloi untuk bertukar kepada podcast untuk sesi senaman seterusnya. 

Kita semua mempunyai satu set lagu yang membangkitkan semangat semasa berada di gimnasium, tetapi jika anda terlalu kerap hadir ke gimnasium, lagu “motivasi” dalam senarai kegemaran anda berpotensi untuk tidak lagi menaikkan motivasi anda.  Malah lagu kegemaran anda juga berpotensi untuk menjadi bosan jika anda cuba menghabiskan larian jarak jauh atau cuba untuk mencipta rekod baharu bagi sesi mengangkat berat. Namun, situasi ini sangat berbeza untuk podcast, kerana podcast akan terus menarik perhatian anda. Apabila anda sudah bosan dengan muzik, ianya membuatkan anda lebih mudah untuk mengurangkan beban senaman dan membuatkan anda berasa gelisah untuk menghabiskan senaman anda. Dalam kes seperti ini, podcast merupakan gangguan yang sempurna untuk membantu anda menghabiskan sesi senaman anda.

Podcast bukan sahaja boleh dijadikan sebagai gangguan dari senaman. Mendengar podcast semasa bersenam mempunyai kebaikan yang lain. Jika anda memilih satu podcast yang sangat menarik minat anda dan anda hanya mendengarnya semasa senaman, ia akan bertindak sebagai satu insentif untuk anda hadir ke gimnasium. Dalam hal ini, anda tidak dapat mendengar podcast melainkan anda melakukan senaman, jadi ianya membuatkan anda lebih bermotivasi untuk ke sana. 

Podcast juga berfungsi sebagai penanda masa untuk senaman anda. Matlamat anda adalah mungkin untuk membuat senaman yang lebih lama, sama ada membuat senaman kardio yang lebih mencabar atau sesi mengangkat berat yang lebih lama. Walaubagaimanapun, apabila pergi ke gimnasium dan menyedari bahawa anda akan berada di sana untuk suatu jangka masa yang lama, perkara ini boleh mengurangkan motivasi seseorang. Jika anda menjumpai podcast yang berdurasi selama senaman anda berlangsung, ia boleh membantu anda untuk menghabiskan sesi tersebut dengan lebih mudah dan mampu mencapai matlamat dengan jayanya. Podcast mempunyai durasi selama tiga puluh minit sehingga dua jam, yang membuatkan ianya sangat sesuai untuk senaman yang pelbagai tempoh. Sebenarnya, ia tidak hanya bermanfaat untuk senaman yang lama. Jika anda mempunyai jadual yang padat, anda boleh memilih podcast yang lebih pendek. Apabila podcast tamat, maka senaman anda juga selesai. 

Podcast juga serba boleh seperti muzik, jadi pasti ada podcast yang akan menarik minat anda. Tidak semua podcast mengandungi suara yang mendatar sahaja atau monolog berkaitan sejarah sos tomato. Terdapat juga isu kewartawanan penyiasatan yang menarik diwujudkan dalam bentuk podcast. Podcast boleh merangkumi semua genre termasuk jenayah sebenar dan gaya hidup dimana perantara akan menceritakan cerita kelakar dan memberi nasihat kepada pendengar. Podcast berbentuk berita juga membantu anda mengetahui isu semasa di sekeliling anda anda terdapat juga podcast kecergasan yang mendidik pendengar berkenaan senaman semasa melakukan senaman. Mendengar podcast tanpa mengira genre boleh melatih otak dan badan secara efektif pada waktu serentak. Ia mungkin mengambil sedikit masa dan beberapa cubaan untuk menjumpai satu podcast yang disukai, tetapi ianya bukan lebih susah atau berlainan dari mencari muzik untuk dimasukkan dalam senarai lagu untuk senaman. 

Jika anda belum pernah mendengar podcast sebelum ini, mencari satu podcast yang menepati citarasa anda pastinya merupakan satu tugas yang sukar. Terdapat pelbagai genre podcast yang anda boleh pilih, tetapi anda boleh memulakan pencarian anda di carta teratas di Spotify atau Apple Music untuk mencari podcast yang menarik minat anda.

Jika anda lebih meminati sukan, terdapat pelbagai lagi podcast yang menyerupai podcast Barstool yang membincangkan tentang semua jenis sukan. Jika anda mengikuti perkembangan bola lisut, cuba perdengarkan “Section 10” oleh Jared Carrabis. Carrabis merupakan seorang peminat tegar Red Sox, yang mana kita boleh rasakan persamaan dari segi pasukan yang disokong di Massachusetts, tetapi beliau membincangkan bola lisut secara keseluruhan tanpa sikap pilih kasih terhadap Red Sox.

Podcast kini menjadi semakin popular apabila terdapat pelakon yang mencuba nasib dengan menghasilkan podcast mereka yang tersendiri: cuba dengari “3 wanita, 1 Keith” oleh Amy Schumer atau “Pakar kerusi lengan” oleh Dax Shepherd jika anda mahu mendengar lawak jenaka semasa melakukan senaman.

Sesetengah podcast membahagikan podcast mereka kepada beberapa segmen yang mampu memberi kesan yang sama seperti anda menukar lagu. Jika anda seseorang yang mudah bosan mendengar satu topik sahaja, pembahagian kepada beberapa segmen ini adalah sesuatu yang bagus untuk anda kerana subjek akan berubhan dan podcast itu akan berjaya menarik semula minat anda. Podcast yang lebih kasual juga mampu memberikan kesan seperti anda memiliki rakan senaman tanpa memiliki rakan senaman yang sebenar. Jika anda mendengar jenaka atau mendengar tentang seseorang yang sedang ditemuduga, perkara ini boleh membuatkan anda merasakan anda adalah sebahagian daripada perbualan semasa melakukan senaman berbanding anda berasa keseorangan semasa menghabiskan kilometer ketiga anda atau set kelima bicep curl anda.

Podcast pastinya bukan perkara pertama yang anda fikirkan semasa memilih gangguan audio di gim, tetapi terdapat pelbagai kebaikan mendengar podcast semasa melakukan senaman berbanding dengan mengulangi senarai lagu senaman yang sama sahaja. Ia mungkin akan mengambil masa untuk anda menemui podcast yang menarik minat anda, tetapi apabila anda menemui podcast yang mampu menarik minat anda, podcast itu akan meningkatkan motivasi, inspirasi atau boleh dijadikan sebagai penanda masa untuk sesi senaman anda yang seterusnya.

Emma Ryan boleh dihubungi di [email protected]

Anis Kamarddin adalah penterjemah Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected].

Alif Subardi adalah penyunting Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected].

Leave a Comment
More to Discover

Comments (0)

All Massachusetts Daily Collegian Picks Reader Picks Sort: Newest

Your email address will not be published. Required fields are marked *