Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

Presiden SGA Timmy Sullivan telah dipecat selepas senat mencapai keputusan undi 38-13

Pemecatan Sullivan adalah pemecatan presiden yang pertama dalam sejarah SGA
Anish+Roy%2FDaily+Collegian
Anish Roy/Daily Collegian

Presiden Badan Kerajaan Pelajar Timmy Sullivan telah dipecat selepas keputusan undi 38-13 yang dicapai pada hari Rabu, berikutan satu laporan oleh sub-jawatankuasa peraturan dan etika tentang “penyelewengan dana” yang melebihi $1000 pada semester musim bunga 2019.

 Perjumpaan tersebut yang berlangsung di University of Massachusetts Campus Center pada Rabu malam, berlaku lebih daripada lima jam melibatkan ahli sub-jawatankuasa membacakan laporan mereka, sesi soal jawab soalan yang diutarakan oleh pihak senator dan orang awam, Sullivan mempertahankan diri beliau dan perdebatan antara senator. Perjumpaan tersebut telah diketuai oleh Ketua Hakim SGA, Aditi Joglekar. 

Sullivan masih bekerja walaupun disabitkan kesalahan dan kes ini kini akan dipindahkan kepada Mahkamah Tinggi Judisiari Pelajar, yang akan menentukan sama ada Presiden Sullivan akan dipecat atau tidak.

Dengan keputusan undi yang jelas, Sullivan telah menjadi Presiden SGA yang pertama dipecat, dan menurut Joglekar, tidak ada kes terdahulu yang boleh dijadikan rujukan untuk pihak judisiari meneruskan proses pemecatan. Jika Sullivan dipecat, Ahli Speaker Rachel Ellis akan dilantik menjadi presiden menurut undang-undang SGA.

“Timothy Sullivan telah mengabaikan integriti semasa melakukan tugas, telah mencemarkan status Presiden, telah mengkhianati kepercayaan yang telah diberi sebagai presiden, dan telah melakukan sesuatu yang subversif terhadap undang-undang Badan Kerajaan Pelajar, untuk mencabul hak pelajar University of Massachusetts ,” artikel penyataan tentang pemecatan beliau. 

Tuduhan terhadap Sullivan telah mendapat perhatian awam apabila sebuah petisyen untuk pemecatan telah dibuat kepada jawatankuasa hal pentadbiran, yang telah membentuk sebuah sub-jawatankuasa untuk peraturan dan etika. Penyiasatan tersebut telah diumumkan di sebuah perjumpaan SGA pada 30 Oktober. Selepas beberapa minggu, pihak sub-jawatankuasa telah membuat permintaan pelbagai rekod, melakukan soal siasat dengan individu yang terlibat dan merumuskan dapatan dalam sebuah laporan. Dalam laporan tersebut, pihak sub-jawatankuasa telah sebulat suara setuju Sullivan dan pentabirannya telah melanggar 3 undang-undang  semasa tahun akademik 2018-19. 2 daripada 3 undang-undang yang dilanggar dianggap sebagai tidak beretika berdasarkan undi majoriti.

Pada 29 November, pihak sub-jawatankuasa telah mengundi 3-1 untuk mencadangkan pemecatan kepada ahli senat. Pengerusi sub-jawatankuasa, Liron Burstein, tidak dalam proses undi kerana undi beliau tidak diperlukan dalam kes ini.

“Apabila undang-undang telah dicabuli, dan ia dicabuli dengan sangat tidak beretika, individu itu sepatutnya dipecat,” kata Jordan McCarthy, ahli sub-jawatankuasa semasa pembentangan laporan. 

Di masa laporan tersebut menyatakan beberapa tuduhan melanggar undang-undang, artikel tentang pemecatan yang dibentangkan kepada ahli senat telah dibahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama menyatakan kegagalan Sullivan untuk menghantar pencalonan untuk naib presiden kepada pihak senat dalam masa 30 hari selepas Nathalie Amazan meletakkan jawatan pada bulan Februari. Menurut artikel tentang pelucutan dan laporan daripada sub-jawatankuasa, Sullivan mula menerima bayaran tambahan bermula 3 Februari 2019.

“Pada waktu ini, beliau telah mula menerima bayaran tambahan untuk jawatan kosong dan tidak memaklumkan kepada senat bahawa duit tersebut disalurkan terus ke akaun peribadi beliau,” nyata artikel tersebut. “Duit ini sepatutnya diterima oleh seseorang yang dilantik yang mempunyai masa untuk memberikan komitmen sepenuh masa bagi tugas tersebut,” tambah artikel tersebut. 

Artikel itu menyatakan bahawa bayaran tambahan berterusan selepas naib presiden baharu, Hayden Latimer-Ireland, memulakan tugas pada 1 April, 2019. Oleh kerana, seseorang telah mengisi jawatan naib presiden pada masa itu, pihak sub-jawatankuasa mendapati bahawa “alasan [Sullivan].. Adalah tidak boleh diterima”

Artikel kedua pemecatan menyatakan bahawa terdapat dua kekosongan dalam posisi kabinet:, setiausaha teknologi dan ketua kakitangan. Sullivan memilih untuk tidak mengisi kekosongan tersebut dan keputusan ini tidak dilaporkan kepada ahli senat. Walaupu terdapat dua aplikasi yang diterima untuk setiausaha teknologi, menurut rekod yang diterima oleh sub-jawatankuasa, Sullivan tidak memberikan sebarang alasan kepada ahli senat pada musim bunga tentang mengapa pemohon tersebut dianggap tidak melepasi syarat dan kemudian, memberikan fakta yang salah pada 30 Oktober menyatakan bahawa tidak terdapat sebarang permohonan. 

Berikutan tuduhan bahawa beliau “menipu” kepada senat dengan menyatakan bilangan permohonan yang salah, Sullivan berkata di perjumpaan tersebut, “Saya mengetahui yang saya terlupa maklumat daripada lapan bulan yang lepas, dan setelah saya mengetahui tentang perkara ini, saya telah memastikan untuk menyertakan perkara ini di dalam kenyataan pembukaan terhadap sub-jawatankuasa untuk menjelaskan tentang kesalahan ini.”

Artikel tentang pemecatan turut menyatakan bahawa presiden tidak memberitahu kesemua pemohon sama ada permohonan mereka diterima atau tidak, dan perkara ini telah ditetapkan dalam undang-undang. Sullivan menyatakan di dalam sebuah email kepada sub-jawatankuasa bahawa beliau telah memaklumkan kepada empat pemohon, dua orang untuk jawatan naib presiden dan dua orang lagi untuk jawatan setiausaha teknologi, bahawa mereka tidak akan dipanggil untuk temuduga, selari dengan undang-undang Judul III, Bab 6, Seksyen 2.  

Pihak sub-jawatankuasa telah menghantar permintaan rekod kepada Sullivan berkenaan rekod yang membuktikan bahawa beliau telah memaklumkan kepada pemohon status permohonan mereka. Sullivan membalas dengan memberitahu bahawa beliau memberitahu kesemua pemohon dengan berjumpa dengan mereka, dan tidak memiliki sebarang rekod di dalam email yang dihantar kepada sub-jawatankuasa. Walaubagaimanapun, pihak sub-jawatankuasa telah mencari pemohon bagi jawatan naib presiden yang tidak dilantik, yang mengakui bahawa beliau tidak dihubungi oleh Sullivan.

“Saya tidak menerima sebarang komunikasi(bertulis atau lain-lain) tentang saya tidak lagi dalam pertimbangan untuk aplikasi tersebut,” kata pemohon di dalam sebuah email kepada sub-jawatankuasa, yang telah dimasukkan sekali ke dalam laporan. Nama pemohon terbabit tidak disekalikan didalam laporan tersebut.

Solomon Bennett, satu-satunya ahli jawatankuasa undang-undang dan etika yang mengundi untuk tidak melakukan laporan kepada senat, berkata bahawa pelanggaran undang-undang tidak semestinya mempunyai niat jahat dan kebanyakan kes berlaku secara tidak sengaja.

“Apabila kamu mengabaikan fakta bahawa itu adalah sesuatu yang tidak disengajakan, kamu perlu melihat pada konteks,” kata Bennett, yang menambah bahawa dia berasa tingkah laku melanggar undang-undang tersebut adalah tidak cukup untuk mencadangkan pemecatan beliau.

Beberapa ahli sub-jawatankuasa, termasuklah Burstein dan McCarthy, menekankan bahawa penyiasatan tersebut telah dilakukan dengan mengambil kira kemungkinan untuk tidak terlibat suspek, dan Bennett menyatakan bahawa “Ini bukan satu keputusan yang mudah dibuat”  untuk menentukan sama ada perkara ini beretika atau tidak.

Bennett mengakui dia “terlibat secara tidak langsung” dengan kempen Sullivan pada pilihanraya musim bunga tetapi menegaskan bahawa kesemua ahli sub-jawatankuasa telah terus melakukan tugas mereka mengikut objektif setelah mengetahui maklumat tersebut.

“Saya tidak mempunyai sebarang pandangan sebelum saya melihat semua kenyataan ini,” ujar Bennett. “Saya yakin dengan penaakulan ini sehingga kini.”

Menurut Burstein dan McCarthy, ahli sub-jawatankuasa berjaga sehingga jam 2 pagi pada hari Rabu untuk menyiapkan laporan dan berlarutan sehingga jam 4 pagi menyiapkan pembentangan bagi perjumpaan SGA yang akan berlaku pada malam yang sama.

Semasa pembentangan, ahli sub-jawatankuasa menekankan percanggahan antara Sullivan yang menyatakan bahawa beliau telah membincangkan hal kenaikan gaji bersama penasihat SGA Lydia Washington dan bekas Setiausaha Kewangan Victoria Ishola dan merujuk proses tersebut sebagai “normal dan mengikut prosedur” dalam mesyuarat Senat pada 30 Oktober.

Walaubagaimanapun, dalam sebuah temubual bersama ahli sub-jawatankuasa, Washington mendedahkan bahawa beliau menasihati Sullivan agar tidak menaikkan gaji beliau dengan cara sebegini.

“Sebagai penasihat, saya tidak menggalakkan beliau berbuat sedemikian,” kata Washington, menurut satu minit temubual yang diperoleh dari Collegian. “Pada tahun sebelumnya, presiden tidak melakukan hal ini.”

Dalam temubual yang diadakan, Ishola menyatakan bahawa beliau langsung tidak dimaklumkan mengenai keputusan Sullivan untuk menaikkan gaji. “Saya tidak tahu,” respon beliau apabila ditanya mengenai keputusan presiden mengenai kenaikan gaji diri sendiri.

Dakwaan lain yang terdapat dalam petisyen asal untuk perlucutan jawatan atau tuduhan yang dipertimbangkan  di dalam penyiasatan telah dirujuk oleh ahli sub-jawatankuasa, pegawai dalam SGA dan Sullivan, tetapi artikel perlucutan jawatan tetap menjadi fokus utama. Pada suatu tahap, Sullivan menyatakan penyiasatan hanya membuktikan penyelewengan gaji oleh bekas Speaker Ryan Mahan dan penekanan tuntutan terhadap beliau telah menyebabkan kesalahan lain dipandang enteng.

Semasa sesi debat, beberapa orang senator bersetuju dengan Sullivan, menyatakan keseluruhan proses telah dipolitikkan dan bertentangan dengan polisi progresif yang dimulakan semasa pentadbiran Sullivan. Terdapat juga pihak yang menekankan bahawa tiada niat jahat lain dan merasakan perlucutan jawatan ini terlalu ekstrem.

“Saya merasakan ianya penting untuk menganalisis tindakan presiden dengan penuh etika dalam konteks yang relevan, bukan membuat keputusan sambil lewa. Di dalam bilik ini, kita semua adalah manusia dan kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan,” kata Senator Andy Bettencourt

“Tindakan Presiden Sullivan yang mengambil semua seperti yang telah dinyatakan untuk meneruskan [misi SGA] dan [SGA] matlamat,” ujar Senator Sonya Epstein. “Ia sungguh tidak beretika… itulah punca semua yang berlaku kini, etika semasa melakukan kerja”

Walaubagaimanapun, lebih ramai individu yang menyokong perlucutan jawatan ini, mendakwa kecuaian Sullivan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima apabila Persatuan Pelajar Berdaftar yang berpegang pada piawaian yang sangat tinggi.

Jake Binnall, pemegang amanah pelajar mengkritik presiden yang “memeriksa fakta” selepas menyiapkan laporan kepada senat, mendakwa ianya adalah satu percubaan oleh Sullivan untuk menutup kesalahannya sendiri.

“Terdapat beberapa pemimpin RSO yang melakukan lebih banyak kerja dari individu di dalam bilik ni”ujar Binnall yang turut berkata ia merupakan satu peristiwa memalukan kepada pertubuhan pelajar yang tidak menahan pegawai SGA dengan tegas dan bertanggungjawab. 

Sebagai respon kepada penyiasatan ini, SGA merancang untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kesilapan pengurusan dana yang sama di masa hadapan.”Saya berasa satu perkara yang kedua-dua belah pihak boleh bersetuju pada malam ini adalah fakta yang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kita memerlukan reformasi gaji, undang-undang, dan kekosongan kabinet,” kata Bettencourt

Melihat semula pada penyiasatan yang dijalankan, Burstein berkata beliau tidak menyedari “tidak ada pengawasan terhadap gaji”, sebagai penasihat, Burstein bertanggungjawab dalam memastikan SGA tidak berbelanja diluar bajet, selain bertanggungjawab untuk mengetahui kepada apa dana tersebut dibelanjakan.

Beberapa orang ahli sub-jawatankuasa meluahkan harapan mereka untuk bersama-sama melakukan reformasi undang-undang sebagai sebahagian daripada hal pentadbiran.

“Penyiasatan ini menjadi fokus utama bagi jawatankuasa Hal Ehwal Pentadbiran semester ini,” ujar Burstein dan tambahnya, jawatankuasa AA tidak mampu mengemukakan banyak usul dengan sebahagian besar masa mereka diperuntukkan untuk penyiasatan.

“Semua ahli yang mengundi melakukan hal ini secara sukarela, yang pada dasarnya menyebabkan berlakunya penyiasatan penuh,” menurut kenyataan Burstein.

“Kami terpaksa menguruskan jadual ramai orang, dan memastikan semua perjumpaan boleh diakses oleh umum dan terdapat banyak latihan undang-undang yang kami perlu laksanakan,”, tambah Burstein, perlu juga diingati bahawa tidak ada rujukan kes terdahulu bagi melakukan siasatan untuk kes ini.

“Banyak tindakbalas segera perlu [jika Sullivan dibuang] dan SGA akan menjadi sibuk,” kata Burstein. “Saya berharap ia akan menyelesaikan permasalahan untuk jangka masa yang panjang.”

“Saya berharap semua pihak sedar bahawa kami merupakan pelajar dan proses ini bukanlah sesuatu yang kami mahu lakukan,” ujar Burstein. “Saya menyertai SGA untuk berbakti kepada pelajar, bukan menentang mereka.” 

McCarthy menambah “Saya merasakan dengan penggantian Presiden Sullivan, ia akan menjadikan SGA lebih efektif dalam berkhidmat kepada pelajar.”

Kathrine Esten boleh dihubungi di [email protected] dan diikuti di Twitter di @KathrineEsten

Sophia Gardner boleh dihubungi di [email protected] dan diikuti di Twitter di @sophieegardner

Anis Kamarddin adalah penterjemah Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected].

Alif Subardi adalah penyunting Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected].

Leave a Comment
More to Discover

Comments (0)

All Massachusetts Daily Collegian Picks Reader Picks Sort: Newest

Your email address will not be published. Required fields are marked *