Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

Editorial: Tujuan kami mengalih bahasa

Suara anda. Bahasa anda. Akhbar anda.
Editorial%3A+Tujuan+kami+mengalih+bahasa

Di laman web Massachusetts Daily Collegian, anda boleh mendapatkan artikel diterbitkan dalam pelbagai bahasa – sembilan bahasa dengan lebih tepat: Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa German, Bahasa Itali, Bahasa Jepun, Bahasa Potugis, Bahasa Russia dan Bahasa Sepanyol. Kesemua bahasa ini dituturkan di Universiti of Massachusetts dan kawasan sekitarnya dan kami merasakan ianya adalah sangat penting untuk menyediakan akses berita kepada pelajar dalam mana-mana bahasa yang mereka paling selesa untuk membacanya.

Dengan hampir lebih 60 bahasa dan dialek dituturkan di kampus dan Pioneer Valley, mengapa akhbar rasmi pelajar di UMass hanya diterbitkan dalam bahasa Inggeris? Jika hospital, balai polis dan pusat perkhidmatan awam yang lain menyediakan khidmat penterjemah, begitu juga Collegian yang mampu menjadikan maklumat boleh diakses dalam lebih dari satu bahasa. 

Pada 2016, kakitangan Collegian telah menerbitkan satu kenyataan misi: “Sebagai satu akhbar yang dikendalikan pelajar dan media yang bertanggungjawab, Massachusetts Daily Collegian berusaha untuk menjadi sumber yang menyebarkan kebenaran yang adil untuk institusi ini dan juga institusi lain. Kami mempunyai tanggungjawab mengumpul pelbagai suara dan membentuk satu platform umum bagi kritikan dan kompromi. Melalui amalan jurnalistik yang berwibawa, kami berharap untuk belajar, mendidik dan berhubung dengan masyarakat yang lebih besar. 

Setahun kemudian, kami bersetuju terbitan utama secara digital akan membantu Collegian menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada komuniti, kami bertanyakan kepada diri sendiri,mengapa kami hanya menerbitkan dalam bahasa Inggeris? Kami tidak boleh mengatakan bahawa kami memenuhi misi Collegian jika kami tidak bekerja keras untuk menjadikan Collegian satu imej untuk komuniti yang berbilang bahasa ini.

Sebagai universiti yang terus menjadi ruang untuk swastikas, kejian homofobik, ancaman perkauman dan mencabuli dasar Hak Asasi Sivil 1964, Collegian akan terus menjadi platform bagi suara pelajar dan maklumat – satu alat yang digunakan untuk memaklumkan sesuatu keputusan. Tanggungjawab kami adalah untuk memastikan semua pembaca boleh mengakses dan menggunakan maklumat dengan senang. Dengan menyediakan artikel kami dalam pelbagai bahasa secara atas talian, kami mampu berdiri teguh dalam mencapai misi kami.

Kami menterjemah kerana kami yakin dalam menyediakan lebih daripada memberi akses kepada maklumat, kami juga bertujuan untuk menyediakan kesamarataan. Di bahagian atas akhbar, slogan kami berbunyi “Akhbar yang bebas dan bertanggungjawab” dan di bahagian atas laman sesawang kami. “Akhbar yang bebas dan bertanggungjawab dalam memberi khidmat kepada komuniti UMAss sejak 1890.” Pembaca kami seharusnya berasa bahawa kami berdiri teguh dengan kenyataan tersebut. Masih terdapat pelbagai perkara yang kami perlu lakukan untuk menjadikan akhbar ini sebagai suara sebenar kepada semua pelajar ; dan ini hanyalah permulaan.  

Suara anda amat diperlukan.

Editorial tidak bertanda ini mewakili pendapat majoriti lembaga editorial The Massachusetts Daily Collegian, ahli lembaga boleh dihubungi di [email protected].

Leave a Comment
More to Discover

Comments (0)

All Massachusetts Daily Collegian Picks Reader Picks Sort: Newest

Your email address will not be published. Required fields are marked *