Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

Pasukan petugas baru ditubuhkan untuk mengatasi gangguan dan serangan seksual

Pasukan petugas akan berjumpa sebanyak dua kali setiap semester
%28Judith+Gibson-Okunieff%2FDaily+Collegian%29
(Judith Gibson-Okunieff/Daily Collegian)

University of Massachusetts telah mengumumkan pada 22 Januari dalam satu siaran akhbar bahawa canselor Kumble Subbaswamy telah menubuhkan satu pasukan petugas bertujuan untuk mengatasi gangguan dan serangan seksual di kampus.

Pasukan petugas tersebut merupakan hasil kerjasama antara badan kepimpinan Universiti dan Gerakan Kolaborasi Akademi Sains, Kejuruteraan dan Perubatan Negara dalam menangani gangguan seksual di pusat pengajian tinggi. Pengerusi bersama adalah pentadbir kanan dan penolong kanan tinggi canselor bagi hal ehwal akademik, John McCarthy dan dekan Kolej Sains Semula Jadi, Tricia Serio.

Menurut kenyatan media, pada mulanya, pasukan petugas ini akan memberikan tumpuan kepada pelajar pascasiswazah dan pelajar pasca doktor falsafah, dan akan “ditugaskan untuk memberi cadangan untuk menambah baik servis, dasar dan amalan di kampus yang berkaitan dengan pencegahan dan pemulihan terhadap keganasan, gangguan dan serangan seksual.”

Pasukan petugas akan bertemu sebanyak dua kali setiap semester dan akan terdiri daripada 14 orang ahli dari seluruh kampus. Ia akan dikendalikan oleh Pejabat Ketua Pentadbir Kanan Kakitangan, Erica White.

Dalam laporan keselamatan tahunan yang terbaru, memperincikan data dari tahun 2018 namun diterbitkan  pada tahun 2019, Jabatan Polis UMass melaporkan 23 insiden rogol, 16 daripadanya terjadi di kawasan kediaman kampus. Ini merupakan satu peningkatan dari tahun 2016 dan 2017, di mana masing-masing terdapat 20 dan 18 kes yang dilaporkan.

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa terdapat 9 kejadian keganasan domestik pada tahun 2018. Ini menunjukkan sedikit pengurangan dari tahun 2016, di mana 11 jumlah kes direkodkan.

Pada masa ini, dasar dan prosedur Universiti terhadap gangguan seksual menyatakan bahawa “UMass komited untuk menyediakan kepada fakulti, kakitangan dan pelajar dengan persekitaran di mana mereka boleh mengejar kerjaya atau pelajaran mereka tanpa diganggu secara seksual. Gangguan seksual terhadap atau oleh mana-mana ahli komuniti Universiti adalah tidak boleh diterima dan tidak akan ditolak ansur.”

Dasar UMass adalah berpandukan kepada Tajuk VII Akta Hak Sivil 1964, Tajuk IX Pindaan Pendidikan 1972, dan Massachusetts G.L.c.151B dan 151C dan ditadbir oleh Pejabat Kepelbagaian dan Kesamarataan.

Menurut dasar tersebut, proses aduan formal adalah “bertujuan untuk memberi penentuan yang adil, cepat dan boleh dipercayai mengenai sama ada dasar gangguan seksual Universiti telah dilanggar.”

Dalam kebanyakan kes, proses ini dimulakan oleh mangsa gangguan. Namun begitu, ia kadangkala boleh dimulakan dengan pekerja Universiti di bawah Tajuk IX.

Jika responden aduan itu merupakan seorang pelajar sarjana muda, aduan tersebut perlulah dimulakan dengan Dekan Pejabat Pelajar. Jika responden merupakan seorang pelajar pascasiswazah, aduan perlulah dimulakan dengan Dekan Sekolah Pascasiswazah.

Pusat Wanita dan Komuniti juga menyediakan perkhidmatan dan maklumat mengenai serangan seksual kepada pelajar.

Pasukan Petugas boleh menerima maklum balas menerusi alamat emel berikut: [email protected].

Irina Costache boleh dihubungi di [email protected] [email protected] dan diikuti di Twitter @irinaacostache.

Muhammad Anas Zainal adalah penterjemah Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected].

Alif Subardi adalah penyunting Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected].

Leave a Comment
More to Discover

Comments (0)

All Massachusetts Daily Collegian Picks Reader Picks Sort: Newest

Your email address will not be published. Required fields are marked *