Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

UMass mula memohon pelan untuk membina perumahan baharu bagi pelajar sarjana muda, pelajar sarjana dan keluarga pelajar

Pembinaan dirancang untuk North Village, Lincoln dan bangunan kediaman lain
Collegian File Photo
Collegian File Photo

University of Massachusetts mengeluarkan sidang akhbar mengumumkan permulaan proses permohonan cadangan bagi pembinaan kawasan perumahan baharu untuk pelajar sarjana muda, sarjana dan keluarga pelajar pada 30 Januari.

Pihak universiti mengeluarkan kenyataan mengumumkan perancangan untuk membina semula North Village dan Lincoln Apartment pada semester lalu. Pengumuman itu menyebabkan reaksi yang kuat dari komuniti UMass. Mesyuarat Majlis Perbandaran Amherst menyatakan kebimbangan setelah penduduk North Village mengeluarkan kenyataan beserta permintaan daripada pihak Universiti berkenaan perpindahan.

Sidang akhbar menyatakan perancangan universiti untuk pembinaan North Village dan Lincoln Apartment dan perumahan pelajar sarjana muda yang baharu.

“Cadangan kampus Amherst sedang dipilih dari pihak pemaju untuk menyediakan perumahan yang berkualiti dan mampu milik untuk keluarga penduduk dan memenuhi keperluan perumahan pelajar sarjana dan sarjana muda,” menurut sidang akhbar tersebut.

Ia juga menyatakan bahawa lebih dari 1200 katil dijangka tersedia pada musim luruh 2022. Pembinaan tersebut akan menggantikan unit perumahan keluarga pelajar dan North Village dan membina”perumahan jenis apartmen yang moden untuk pelajar sarjana dan sarjana muda di sepanjang Massachusetts Avenue, termasuk menggantikan Lincoln Apartment yang dibina pada tahun 1958,” mengikut sidang akhbar. 

Sidang akhbar tersebut juga menyebut penubuhan Pasukan Penasihat North Village dan Lincoln Apartment yang “bertujuan sebagai pusat perkongsian maklumat dan maklum balas dari kakitangan, pelajar sarjana dan sarjana muda,”

Brosur yang menerangkan perancangan pembinaan turut dilampirkan bersama sidang akhbar.

“Kami memandang serius apa yang perlu dilakukan dan menyimpulkan bahawa ianya bukan satu pelaburan yang agak bijak untuk membina semula kemudahan yang telah berusia dan paras kualiti pembinaan asal, bukan jumlah masa yang telah mereka tinggal di situ,” kata Ed Blaguszewski, pengarah eksekutif komunikasi strategik dan pembantu istimewa kepada naib chancellor.

North village dibina pada tahun 1972 sebagai perumahan sementara. “Ianya sementara yang lama,” ujar beliau.

Blaguszewski juga menyatakan kebimbangan mengenai infrastruktur bangunan. “Di samping keadaan sebenar kemudahan itu, infrastruktur yang berkaitan menyediakan perkara-perkara penting seperti perpaipan, air, eletrik, pemanas juga hampir tamat riwayatnya. Namun demikian, orang ramai mungkin berkata “oh masih nampak elok.” mereka mungkin tidak kelihatan elok sebenarnya. Jadi, bahagian tersebut turut memberi kesan kepada kita,” katanya.

Blaguszewski menambah UMass berusaha menggabungkan pelbagai pilihan perumahan kepada pelajar. “Institusi lain di seluruh negara, pada hakikatnya, turut memindahkan [perumahan keluarga pelajar sarjana]. Tapi kami berasa ianya merupakan aspek penting untuk perumahan campur dan terutamanya bagi keluarga pelajar antarabangsa  yang datang ke sini dan mempunyai pilihan itu. Kami amat komited untuk berbuat demikian.,”katanya lagi. 

Blaguszewski menyambung : “Sebahagian dari stok perumahan kami sudah tua, dan pelajar mencari alternatif yang lebih moden sebagai sebahagian daripada pilihan yang mereka milik. Jadi, membina kemudahan baru membenarkan kami untuk berbuat demikian, yang pertama. Dan yang kedua, ia membenarkan kami untuk mempunyai kelonggaran untuk mengambil kemudahan lain yang seangkatan dan membaik pulih.” 

Penduduk North Village yang juga merupakan pelajar antarabangsa, James bercakap kepada Collegian berhubung hal ini. Nama keluarga beliau digugurkan bagi menjaga privasi, dan juga bimbang menimbulkan isu apabila berkongsi pengalaman beliau. Beliau tinggal di North Village bermula pada tahun 2015 dan merancang untuk menyambung pelajaran di UMass pada tahun hadapan.

“Jelas sekali ia lebih murah berbanding tempat lain yang merupakan aspek kewangan. Tapi aspek yang lebih utama ialah reka bentuk komuniti untuk perumahan keluarga. Saya mempunyai seorang anak dan dia membesar di sini,” katanya. “Anda boleh menemui basikal di merata tempat. Kanak-kanak di sini semua mengetahui mainan dan basikal tersebut kepunyaan siapa.”

Beliau menyambung “saya rasa ianya berbeza jika saya tinggal di salah satu rumah tersebut, dan kadang kala saya tidak mengenali jiran tetangga. Tetapi di sini, kami kenal semua jiran dan sekali-sekala kami mengadakan jamuan beramai-ramai. Mereka bukanlah yang orang membesar bersama, berasal dari negara berbeza dan kadangkala terdapat orang yang berasal dari bahagian lain di US. Ini merupakan satu aspek komuniti.”

Walaupun hubungan rapatnya dengan komuniti, James memahami kerumitan keadaan sekarang. “Saya bersuara untuk diri sendiri dan bukan semua orang, tetapi saya berasa saya faham akan tindakan yang cuba dilakukan oleh universiti. Jika mereka ikhlas, jadi mereka mencuba untuk membaikinya atau menjadikan ia lebih selamat,” katanya lagi.  

Penduduk yang tinggal di North Apartment sebelum proses pembinaan semula dan akan menyambung pelajaran di UMass setelah pembinaan mempunyai keutamaan untuk berpindah ke perumahan baru. “Kami berjanji kepada penduduk bahawa mereka boleh kembali, membayar kadar sewa semasa dan ditambah peningkatan inflasi jika mereka masih tinggal di North Village.” kata Naib Canselor Bersekutu Kemudahan Awam Shane Conklin. 

Terdapat kebimbangan wujud dalam komuniti North Village berkenaan harga rumah akan meningkat selepas pembaikpulihan. 

“Kami akan cuba mengimbangkan untuk mengadakan kesemua kemudahan perumahan yang kami mahukan dalam projek ini, memiliki ciri-ciri mesra alam sekitar dan mampu milik,“ kata Conklin. Kini terdapat proses permohonan yang sedang berjalan untuk mencari harga terbaik di pasaran bagi unit tersebut. “Kami harap kami akan mempunyai peluang untuk mengenalpasti cara untuk mengurangkan kos dengan apa jua cara.”

Sambung Conklin: “Terdapat sebuah North Village di Jawatankuasa Penasihat Pelajar Lincoln, yang akan secara khususnya menerima input dan maklum balas setiap beliau serentak dengan proses permohonan, seperti yang kamu lihat di dalam akhbar, yang dikeluarkan Januari lepas.”

Apabila ditanya bagaimana penduduk akan memilih tempat untuk dipindahkan, James berkata, “Apa saya ketahui adalah kami telah membuat senarai, dengan menggunakan nombor, berdasarkan berapa lama kami telah tinggal di situ, jika kamu akan graduasi di akhir semester, sama ada kamu tinggal di unit yang memiliki dua bilik tidur atau satu bilik tidur, terdapat pelbagai perkara yang kami gunakan untuk membuat senarai tersebut. Jadi, kami tidak mengetahui apa yang mereka telah pilih. Kebanyakan orang agak berahsia dengan keputusan mereka,” Sebahagian daripada proses pemindahan adalah memastikan pelajar yang memiliki anak akan dapat tinggal di dalam sekolah daerah yang sama.

Apabila pembinaan bermula, James berharap akan wujud aspek komuniti di masa hadapan, sama seperti yang dimiliki di North Village kini. “Saya berharap mereka masih mampu menyediakan ruang untuk keluarga pada masa hadapan, dan ini tidak semestinya untuk keluarga pelajar sarjana sahaja. Tahun lepas, kami mempunyai seorang pelajar sarjana muda yang merupakan ibu tunggal, bersama anak lelaki beliau yang tinggal di situ. Dan terdapat juga 2 pelajar sarjana muda bersama keluarga mereka di sini. Oleh itu, menyediakan ruang sebegitu adalah sangat bagus,” tambah beliau.

Lincoln apartment juga akan terlibat dalam pelan pembinaan semula ini. “Kami menjangkakan untuk membina kediaman pelajar sarjana, seperti Lincoln yang sekarang, untuk pelajar sarjana. Dan di sana boleh didapati lebih kurang seratus unit di Lincoln. Dan kami telah kenal pasti peluang untuk membina sekurang-kurangnya, 160 hingga 165, adalah apa yang kami fikirkan sekarang, unit untuk pelajar sarjana di kawasan Lincoln,” kata Conklin.

Tawaran yang sama untuk pindah semula dengan harga sewa yang sama tidak disambung untuk Lincoln kerana mereka terikat dengan kontrak kediaman. Tambahan pula, “Pelajar sarjana bujang yang tinggal di Lincoln, kami perhatikan bahawa mereka akan datang tinggal di situ, membiasakan diri di kawasan tersebut dan akhirnya mereka akan berpindah ke tempat lain. Jadi, ini menyebabkan kadar pusing ganti yang tinggi,” kata David Vaillancourt, dekan pelajar sementara.

Pihak universiti telah mengupah Newmark Knight Frank untuk mengurus proses pembelian. “Perkara ini akan memberi kami peluang untuk berkerja dengan pembangun untuk membina perumahan moden. Dan seterusnya memberi kami peluang untuk memiliki dana yang boleh kami gunakan untuk tujuan lain,” kata Blaguszewski.

Selain pembinaan semula Lincoln, pihak university bercadang untuk membina penempatan di Massachusetts Ave., yang akan menyediakan sekitar 730 katil khususnya untuk pelajar sarjana muda. “Sama seperti Honors College, pembinaan bangunanan empat atau lima tingkat, adalah apa yang kami bayangkan dibina berdekatan Mass Ave. Bangunan tersebut akan diberikan kepada pelajar sarjana muda,” tambah Conklin.

Baru-baru ini, dengan penerimaan lebih 700 pelajar untuk kelas 2023 berbanding pada tahun lepas, penempatan untuk pelajar tahun pertama telah berubah.

“Kini, perkara tersebut telah memberi kesan terhadap penempatan semasa di asrama dan jumlah pelajar di dewan makan. Dan kami faham akan masalah tersebut,” kata Blaguszewski. “Tetapi penumbuhan jumlah pelajar dan pelajar yang akan datang tiada dalam perancangan atau cadangan atau dugaan kami untuk tahun hadapan dan tahun-tahun yang akan datang. Kami perlu menyesuaikan dan mengubah cara kami menilai kemasukan pelajar.”

Perancangan yang dibuat adalah untuk membina semula bangunan kediaman yang lama di kampus. Semasa bangunan ini dibina semula, pelajar akan dipindahkan ke perumahan di Massachusetts Ave. Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Kehidupan di Kampus sedang berusaha merancang Pelan Master Kediaman yang akan mengenalpasti penambahbaikan yang dicadangkan oleh pelajar.

“Apa yang akan terjadi adalah dalam proses perancangan, kami akan melihat bangunan yang akan kami robohkan. Dan di dalam perancangan tersebut, kami boleh katakan sekiranya bangunan tersebut adalah bangunan pelajar tahun pertama, maka kami akan turut mengenalpasti bangunan untuk pelajar tahun pertama yang lain dalam proses yang sama,” kata Vaillancourt “Oleh itu, ini adalah pembinaan bangunan baru, pastinya pelajar divisyen atas, pelajar tahun kedua, tahun ketiga dan tahun keempat,”

Dalam kata lain, semasa pembinaan bangunan lama untuk pelajar tahun pertama, pelajar tahun pertama akan dipindahkan ke bangunan yang sedia ada sementara bangunan di Massachusetts Ave. akan dikhaskan untuk pemindahan pelajar senior.

“Kita memerlukan pelaburan yang berterusan untuk kebanyakan asrama. Dengan itu, kami sedang berusaha melaksanakan pelan yang akan mengenalpasti perkara yang boleh kita implemen dalam jangka masa 5 tahun, 10 tahun untuk menjaga keadaan asrama,” jelas Conklin.

Cassie McGrath boleh dihubungi di [email protected].

Wafi Habib boleh dihubungi di [email protected]

Anis Kamarddin adalah penterjemah Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected].

Alif Subardi adalah penyunting Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected].

 

Leave a Comment
More to Discover

Comments (0)

All Massachusetts Daily Collegian Picks Reader Picks Sort: Newest

Your email address will not be published. Required fields are marked *