Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

UMassAir menganjurkan bengkel membina kapal terbang

Peserta membina model kapal terbang menggunakan papan busa
UMassAir+menganjurkan+bengkel+membina+kapal+terbang
Ana Pietrewicz

UMassAir, sebuah pasukan pelbagai-disiplin di University of Massachusetts, telah menganjurkan satu bengkel membina kapal terbang pada malam Selasa di mana para pelajar mempelajari cara untuk mereka bentuk dan membina kapal terbang mini dengan menggunakan papan busa.

UMassAir merupakan kolaborasi penyelidikan dan pendidikan pelbagai-jabatan dan pelbagai lokasi di universiti yang menjurus kepada pengajaran sistem udara tanpa pemandu. Salah seorang daripada ahli pasukan UMassAir, Ryan Wicks, memimpin bengkel tersebut dengan harapan untuk memperkenalkan asas-asas penerbangan.

“Bengkel pada malam ini secara umumnya adalah sebagai pengenalan kepada aerodinamik” kata Wicks.Selepas daripada pengenalan tersebut, Wicks telah mengetuai latihan kemahiran di mana beliau telah memberi arahan kepada para peserta mengenai cara untuk membina replika kapal terbang daripada papan busa.

“Kita tidak mempunyai sebarang pendawaian dan bateri untuk model tersebut, tetapi secara idealnya, jika semuanya berjalan lancar, peserta akan mampu untuk membina badan replika, dan boleh menggunakan sebarang alat elektronik untuk dimasukkan ke dalam model tersebut.” jelas beliau.

Kakitangan menyambut para peserta di UMass All-Campus Maker Space dan menunjukkan tayangan slaid secara ringkas berkenaan asas-asas aerodinamik pesawat bersayap tetap. Selepas tayangan tersebut, para peserta disediakan dengan papan busa dan potongan kertas, dan menggunakan bilah X-ACTO dan pisau memotong kotak untuk memotong bahagian-bahagian kapal terbang.

Juneid Mosaheb, pelajar tahun kedua jurusan neurosains, berasa sangat teruja untuk menyertai bengkel tersebut.

“Saya sangat suka mempelajari ilmu baru selagi saya mampu,” kata Mosaheb. “Saya pernah mengambil jurusan fizik semasa saya berada di Australia, dan saya sangat berminat dengan aerodinamik. Saya tidak menyambung untuk mempelajarinya, tetapi saya tidak pernah hilang minat terhadapnya”.

UMassAir pada asalnya menerima pembiayaan pada akhir tahun 2017 melalui Geran Pembangunan Sains dan Teknologi yang UMass sediakan bagi menyokong program kecil-kecilan. Semenjak dari itu, 10 orang felo fakulti telah bekerjasama untuk menggunakan dron bagi tujuan penyelidikan “daripada geosains ke pemuliharaan alam sekitar ke kejuruteraan awam dan alam sekitar dan kejuruteraan trafik, bahkan arkeologi,” Wicks berkata.

Pasukan UMassAir berharap pihak universiti akan menyokong program tersebut melalui pembiayaan tambahan di luar geran dan menyediakan kelas yang ditawarkan di kampus dan secara atas talian.

Shira Epstein, Pengarah Maker Space Kampus, berharap untuk menggunakan UMass All-Campus Maker Space bagi tujuan perbengkelan seperti Bengkel Membina Kapal Terbang, dan menggalakkan para pelajar dari semua jurusan dan aliran untuk menggunakan kawasan serbaguna itu.

“Antara perkongsian maklumat dan akses kepada perkongsian peralatan dan bahan, ianya adalah satu perkara yang bagus, bukan sahaja untuk pendidikan, malahan untuk mempromosikan pekerjaan dan penyelidikan pelbagai disiplin,” kata Epstein

Epstein juga menegaskan kebaikan terhadap alam sekitar dengan peggunaan ruang serbaguna itu.

“Ianya juga bagus untuk kelestarian. Kita sering mempunyai ruang yang dipenuhi dengan sampah yang tidak boleh digunakan. Jika kita boleh berkongsi ruang tersebut, kita dapat mencari ahli komuniti yang lebih memerlukannya dan memastikan ianya digunakan sebelum segalanya menjadi sampah sarap,” kata beliau.

McKenna Premus adalah seorang kolumnis Collegian dan boleh dihubungi di [email protected] dan diikuti di Twitter @mckenna_premus.

Muhammad Anas Zainal adalah penterjemah Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected]

Alif Subardi adalah penyunting Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected]

Leave a Comment
More to Discover

Comments (0)

All Massachusetts Daily Collegian Picks Reader Picks Sort: Newest

Your email address will not be published. Required fields are marked *