Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

Warisan di sebalik perpustakaan UMass

Selamat ulang tahun DuBois
Collegian+File+Photo
Collegian File Photo

Pada hari Isnin yang lalu, tingkat 22 di perpustakaan W.E.B DuBois dipenuhi dengan para cendekiawan dan pelajar bagi meraikan hari jadi W.E.B DuBois yang ke 152, mengambil bahagian dalam perbualan mengenai isu perkauman di Amerika.

Para hadirin mengambil tempat di kerusi yang mengelilingi podium apabila para cendekiawan bergilir-gilir untuk membaca petikan karya DuBois, seperti “The African Roots of War.” Walaupun terdapatnya pelbagai kek cawan dan baju percuma, acara ini merupakan satu peringatan yang serius mengenai isu sosial dan perkauman di Amerika dan relevannya karya DuBois walaupun 152 tahun telah berlalu.

Salah seorang daripada penganjur acara tersebut adalah Whitney Battle-Baptiste, pengarah Pusat DuBois di University of Massachusetts dan ahli arkeologi sejarah Amerika. Battel-Baptiste adalah daripada keturunan Afrika dan Cherokee dan beliau bercakap tentang bagaimana karya DuBois mencabar kepercayaan masyarakat pada zaman itu.

“Saya sering mendengar yang DuBois merupakan seorang yang maju kehadapan,” Battle-Baptiste berkata. “Terdapat pelbagai perkara yang beliau tulis relevan pada masa ini, tetapi saya fikir ia adalah kerana beliau berfikir di luar sempadan Amerika Syarikat. Beliau menulis tentang ketidakadilan terhadap alam sekitar dan mengenai penjagaan planet kita semua. Beliau juga percaya dalam penjagaan kesihatan percuma untuk semua, dia berkata mengenai kebarangkalian untuk tidak terlalu bersandar kepada kapitalisme kerana apa yang akan dicapai hanyalah kenaikan sebanyak 1 atau 2 peratus sahaja.”

Salah satu isu utama yang ditulis oleh DuBois adalah mengenai isu perkauman di Amerika.

“Adalah sangat penting untuk kita faham, kerana kebanyakan perkara yang beliau katakan adalah mengenai dasar penindasan,” kata Battel-Baptiste. “Setiap kumpulan mempunyai sejarah yang berbeza berkenaan cara ketuanan orang putih telah memberi kesan kepada mereka, namun asasnya adalah anti terhadap orang berkulit hitam. Terdapat kayu ukur tertentu di mana orang berkulit hitam dan coklat tidak boleh melepasi cengkaman perkauman dan pengasingan.”

Untuk pelajar siswazah jurusan ekonomi sumber Eli Miller, DuBois telah membuka jalan untuk kemajuan.

“Beliau merupakan seorang pemimpin dalam hak sivil asli.” Miller berkata. “Dari segi konteks pada masa ini, beliau, saya fikir, masih menggalakkan pemikir baru dari segi kesamarataan manusia.” Idea progresif DuBois dan keanggotaannya dalam parti komunis pada usia 95 tahun telah membuatkan warisannya menjadi kontroversi buat sesetengah pihak.

“Ia bukan satu perkara yang mudah untuk memberi nama DuBois kepada perpustakaan ini pada tahun 1944 – ia menimbulkan kontroversi,” kata Adam Holmes, pengurus program Pusat W.E.B DuBois. “Warisan DuBois walaupun sekarang dianggap tercemar oleh segelintir pihak disebabkan oleh penglibatannya dalam parti komunis dan dengan fakta mudah bahawa beliau merupakan seorang aktivis Afrika-Amerika.

Holmes, yang berlatarbelakangkan keadilan sosial dan kerja sukarelawan, bermula sebagai pengurus program pada September 2018 dan melihat pusat ini sebagai satu ruang yang sesuai dan selamat untuk diskusi pelbagai disiplin.

“Ini adalah institusi yang mana kebanyakannya orang berkulit putih, ini berkemungkinan menjadi institusi konservatif dalam pelbagai cara, dan saya berasa kita telah memberi tempat untuk orang yang merasakan diri mereka tidak diwakili di kampus,” kata Holmes.

Bagi Battle-Baptiste, DuBois merupakan seorang pejuang setia yang bercita-cita untuk membawa martabat negaranya ke arah yang lebih baik.

“Cinta pertama beliau adalah Amerika Syarikat, negara kelahirannya,” kata beliau. “Fiksyen dan puisi beliau merupakan satu cara untuk beliau, dalam keseluruhan pengajian akademiknya, meluahkan kekecewaan, harapan dan kepercayaan.”

Acara tersebut telah berubah setelah bertahun-tahun kepada satu diskusi yang lebih interaktif dan meraikan karya beliau. Pada awalnya, pusat tersebut memberi kek percuma, tetapi sekarang telah berkembang sebagai pusat yang memberi peluang kepada individu untuk berkongsi karya DuBois dan berhubung secara lebih mendalam.

 “Saya sangat berharap para pelajar sedar yang mereka perlu dan boleh berbangga terhadap individu yang mana namanya dikhaskan untuk perpustakaan kampus, “kata Holmes.

Maria Elena Little Endara boleh dihubungi di [email protected].

Muhammad Anas Zainal adalah penterjemah Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected]

Alif Subardi adalah penyunting Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected]

Leave a Comment
More to Discover

Comments (0)

All Massachusetts Daily Collegian Picks Reader Picks Sort: Newest

Your email address will not be published. Required fields are marked *