Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

Persatuan Fesyen UMass menyatukan pelajar yang mempunyai minat terhadap fesyen

Pelajar boleh mencungkil kreativiti mereka melalui kelab baru ini
%28Collegian+file+photo%29
(Collegian file photo)

Ditubuhkan pada semester Fall 2019, Persatuan Fesyen UMass telah dibentuk sebagai sebuah kelab di kampus yang disasarkan kepada pelajar yang mahu mempelajari cara berkerja dalam industri fesyen.

Ahli umum persatuan boleh hadir ke ruangan yang disediakan dengan peranan yang berbeza seperti model, pereka, pereka grafik, penggaya, jurugambar, juruvideo, jurumekap dan penghubung awam. Mereka turut menawarkan bengkel yang memberi tumpuan kepada pembuatan pakaian, pertunjukan fesyen, latihan model pentas, dan pembelajaran mengenai fesyen secara umum.

Persatuan Fesyen UMass (UFO) bekerjasama dengan kelab-kelab dan ruang yang lain di kampus, terutamanya dengan All-Campus Makerspace yang terletak di Makmal Kejuruteraan dan kebanyakan bengkel mereka diadakan di ruangan tersebut. Makerspace merupakan ruang terbuka yang boleh digunakan oleh para pelajar untuk mempelajari kemahiran baharu, seperti mereka bentuk untuk cetakan 3D dan pembakaran kayu. UFO juga bekerjasama dengan kelab pertunjukan kostum bagi sesi perbengkelan seperti menjahit, mekap, pembuatan barang kemas dan pembuatan rambut palsu.

Chinyere (Chichi) Ogala, pengerusi dan pengasas UFO, diterima ke UMass sebagai pelajar tahun pertama dalam jurusan kejuruteraan awam dan beliau ingin mencari kumpulan pelajar seperti beliau yang berminat dalam bidang fesyen.

“Saya hanya melakukan kerja-kerja berkaitan dengan kejuruteraan, lama kelamaan saya mula berasa bosan dan saya tidak melakukan sebarang perkara yang berkaitan dengan fesyen,” Ogala berkata. “Tetapi saya merasakan bahawa terdapat segelintir individu yang berfikiran seperti saya, yang mahu menjadi kreatif dan membuat rupa, jadi saya memutuskan untuk menubuhkan kelab ini.”

Bermula dengan menahan pelajar yang berjalan di sekitar kawasan kampus secara rawak yang Ogala rasakan “berpakaian menarik,” beliau berjaya mengumpulkan beberapa pelajar untuk menyertai kelab tersebut dan berupaya untuk mendapatkan jumlah pelajar yang cukup untuk hadir ke mesyuarat kelab yang pertama pada 1 November, 2019.

Nikki Hornedo, seorang ahli umum persatuan UFO, merupakan salah seorang pelajar yang didekati oleh Ogala, dan kemudiannya menjadi sebahagian daripada kelab itu semenjak pertemuan tersebut.

“UFO telah membantu saya untuk membuat ramai kawan, dan orang-orang ini telah menjadi inspirasi kepada saya,” kata Hornedo. “Saya semestinya akan menggunakan peluang ini untuk saya terjemahkan kreativiti saya dan sesi penggambaran pula telah meningkatkan lagi keyakinan saya sebanyak sepuluh kali ganda dan hal ini membuat saya berasa lebih yakin.

“Sebahagian daripada kejayaan kelab harus diberikan kepada Chichi, dan bagaimana dia merekrut pelajar di sekitar kampus secara rawak,” kata Phoebe Father, naib presiden UFO. “Dia meluangkan masa sebanyak tiga jam dalam seminggu pada permulaan semester untuk mencari pelajar untuk direkrut di kampus, dan sebab itulah terdapat lebih banyak pelajar pada semester ini.”

Buat masa ini, UFO tidak menerima sebarang bantuan kewangan daripada pihak Universiti, dan hal ini memaksa organisasi tersebut untuk menambah sumber kewangan dengan lebih kreatif bagi menjayakan bengkel dan sesi penggambaran. Antara caranya adalah dengan mengadakan sesi penggambaran di Campus Center, di mana individu perlu membayar sebanyak $2 untuk mengambil gambar, dan juga membina laman sesawang sumbangan mereka sendiri di mana mereka meminta sumbangan daripada ahli umum persatuan dan menjual hasil tangan mereka di media sosial.

Dalam minggu seterusnya, UFO akan menganjurkan sebuah acara “minggu fesyen” di mana pelajar UMass dijemput hadir dengan berpakaian yang menarik, mengambil gambar dan menghantarnya kepada UFO untuk berpeluang memenangi hadiah. Pemenang akan diundi oleh pelajar UMass yang lain.

“Segelintir individu ingin mencerminkan diri mereka secara artistik, tetapi mereka berasa tidak cukup bagus dalam melukis atau berpuisi sebagai contoh, jadi cara lain untuk menggambarkan diri saya kepada orang lain adalah melalui pakaian,” kata Gracie Newman, ketua penghubung awam di UFO. “Saya berasa kelab ini adalah cara mudah untuk individu menggambarkan dan membina semula diri mereka, dan ia merupakan cara yang bagus untuk mencuba perkara baharu.”

 Wafi Habib boleh dihubungi di [email protected]

Muhammad Anas Zainal adalah penterjemah Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected]

Alif Subardi adalah penyunting Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected]

Leave a Comment
More to Discover

Comments (0)

All Massachusetts Daily Collegian Picks Reader Picks Sort: Newest

Your email address will not be published. Required fields are marked *