Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

Kepentingan cakna berita

Menggunakan media pada era digital
Collegian+File+Photo
Collegian File Photo

Pada era media digital ini, adalah sangat mudah  untuk mendapatkan pelbagai maklumat. Berita ditaburkan kepada kita setiap hari, samada kita mahu atau tidak. Laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram menjadikan berita lebih mudah untuk diakses tetapi ia juga mencipta satu paradoks bahawa berita tersebut kebanyakkannya tidak diketahui kesahihan atau tepat faktanya. 

Ianya adalah satu keperluan untuk pengguna dan wartawan untuk memahami kualiti berita yang dibaca. Jika kita memeriksa bahan di belakang kotak bijirin sebelum membelinya untuk memastikan kita membeli barangan yang berkualiti tinggi, jadi tidakkah piawaian untuk berita yang disampaikan juga harus sedemikian?

Sebagai seorang pelajar jurusan kewartawanan di University of Massachusetts, saya telah berpeluang mengambil beberapa mata pelajaran berkenaan subjek berita dan celik media. Pengalaman saya sendiri sepanjang kelas tersebut membantu saya melihat media melalui pandangan yang lebih kritikal yang mana saya dapat mengesan jika sesuatu berita itu kurang fakta atau cenderung kepada mana-mana pihak di dalam organisasi penerbitan itu dengan mudah.

Keupayaan untuk memeriksa media adalah sangat penting pada dunia hari ini. Idea berkaitan “berita palsu” membenarkan pengguna untuk mengkritik media yang mereka tidak bersependapat dengan merea dengan kewujudan berita palsu dan hanya berkisarkan mengenai media mereka sendiri. Hal ini menyumbang kepada beberapa bahagian di dalam negara kita – pengguna media mengelak daripada membaca maklumat yang bertentangan dengan idea mereka. Contoh yang paling ketara dapat dilihat berkaitan isu pilihan raya pada tahun 2016. Kejayaan Donald Trump amat mengejutkan para pengundi dan pihak media yang menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada Hillary Clinton, dan sebahagiannya ddalah kerana, menurut Politico, “media nasional hanya berfungsi dalam lingkungan itu sahaja.”

Idea sebuah buih media wujud bukan sahaja terdapat di dalam media sebenar, tetapi juga terdapat di dalam media yang disampaikan kepada pengguna. Pusat Bantuan Twitter mendedahkan bahawa syarikat tersebut mengambil data tentang pengguna Twitter supaya mereka boleh “membentuk” suapan kicauan  mereka: “kami mungkin akan mempertimbangkan lawatan anda ke laman sesawang lain yang telah diintegrasikan dengan bahan Twitter (seperti suapan tertanam). Contohnya, jika anda kerap melawati laman sesawang tentang memerhati burung, kami mungkin akan mencadangkan akaun yang kerap berkongsi kicauan tentang topik tersebut atau menayangkan iklan mengenai teropong atau makanan burung.” Perkara ini adalah munasabah kerana jika pengguna berinteraksi dengan laman sesawang atau kicauan daripada satu pandangan politik, Twitter akan menunjukkan lebih banyak perihal perkara tersebut, tanpa ada menunjukkan mana mana media yang menentang pandangan pengguna tersebut.

Masalah dengan kecaknaan media ini menjangkaui lebih daripada idea tentang buih media. Terdapat pelbagai contoh yang mana jurnalis menggunakan fakta yang salah – terbaharu adalah berkenaan kematian bintang bola keranjang yang tidak terjangka iaitu Kobe Bryant dan anaknya Gianna yang masih berumur 13 tahun. Dalam situasi kelam kabut yang mana semua pihak ingin menjadi pihak pertama yang melaporkan perkara tersebut, pihak media ternama ABC telah memberikan laporan yang tidak benar. Wartawan Amichai Stein berkata di dalam sebuah kicauan yang kini telah dipadam, “#BREAKING: media ABC melaporkan 4 anak perempuan Kobe Bryant berada di dalam helikopter tersebut semasa kejadian itu berlaku.” Fakta ini kemudiannya telah dibuktikan tidak sahih, pihak ABC tidak membetulkan kesilapan mereka dan mengaku bersalah dalam menyebarkan maklumat tidak sahih dan sebaliknya, mereka hanya memadam kicauan dan cerita di media sosial mereka.

Jadi, bagaimana pengguna biasa mampu mengenalpasti tanda-tanda amaran di media, dan bagaimana wartawan boleh  memikul tanggungjawab mereka dengan penuh integriti? schooljournalism.org menyediakan panduan berdasarkan enam prinsip celik berita. Mereka mentakrifkan celik berita sebagai “pengambilalihan pada abad ke-21, kebolehan berfikir secara kritikal untuk menganalisis dan menilai kebolehpercayaan berita dan maklumat, membezakan antara fakta, pendapat dan dakwaan dalam media yang kita gunakan, hasilkan  dan agihkan”. Ianya tidak mudah untuk memilih aspek berita yang baik, tapi secara ringkas, memeriksa fakta adalah kunci. Wartawan dan pembaca patut berusaha untuk mengesahkan maklumat dari pelbagai pihak bereputasi, seperti laman sesawang Associated Press, sebelum meneruskan berita tersebut. Pemeriksaan fakta dan pengesahan memastikan maklumat yang diperuntukkan kepada umum adalah yang paling tepat. 

Terdapat juga isu tentang kepelbagaian pendapat daripada fakta dan mengenalpasti bias di dalam setiap cerita. Tiada sesiapa yang bebas daripada bias, walaupun jurnalis sepatutnya sentiasa berusaha untuk melaporkan fakta sebuah cerita sahaja tanpa menyelitkan pendapat tersendiri. Walaubagaimanapun. Tanggungjawab untuk mencabar bias ini bukan hanya tanggungjawab media. Pengguna perlu mengambil langkah proaktif untuk mencari media yang dikenali sebagai media yang mencabar pandangan dan cadangan mereka dalam usaha untuk melaporkan berita dari pelbagai sudut. Membaca maklumat daripada media yang yang dikenali seperti The Atlantic, The Economist, The New York Times ataupun daripada akhbar tempatan. Elakkan daripada laman sesawang yang berbentuk propaganda seperti Breitbart, InfoWars atau Newsweek. 

Celik berita melangkaui tips asas ini, tapi ia satu permulaan yang bagus. Kesalahan “berita palsu” sering diletakkan kepada para wartawan. Kesalahan boleh berlaku, dan bila ianya terjadi, wartawan seharusnya dipertanggungawabkan, namun pengguna juga harus berusaha menyemak fakta tuntutan mereka sendiri. Celik berita adalah sangat penting pada era digital ini dan kedua-dua pihak pembaca dan wartawan perlu sama-sama dididik cara terbaik untuk mengambil kesahihan maklumat  yang dibaca. 

Ana Pietrewicz adalah pembantu editor Op/Ed dan boleh dihubungi di [email protected] atau diikuti di Twitter di @anapietrewicz

Anis Kamarddin adalah penterjemah Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected].

Alif Subardi adalah penyunting Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected].

Leave a Comment
More to Discover

Comments (0)

All Massachusetts Daily Collegian Picks Reader Picks Sort: Newest

Your email address will not be published. Required fields are marked *