Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

SGA menyokong penghantaran surat kepada pihak universiti atas sebab kekurangan bayaran untuk latihan anti-perkauman

Persatuan RA/PM meminta agar pelajar doktor falsafah TIta Feraud-King dibayar
Collegian+File+Photo
Collegian File Photo

Pada malam Rabu, Persatuan Kerajaan Pelajar (SGA) mengeluarkan surat kepada komuniti University of Massachusetts yang menuntut supaya seorang pelajar doktor falsafah dan pembantu pengarah kediaman dibayar bagi semua kerja yang melibatkan perancangan dan perlaksaan latihan anti-perkauman untuk perkhidmatan di kediaman pelajar.

Surat tersebut ditulis oleh komuniti pembantu petugas kediaman dan persatuan mentor rakan sebaya serta meminta sokongan dari masyarakat. Tita Feraud-King, yang merupakan seorang pelajar ijazah doktor falsafah dalam pendidikan mencipta latihan tersebut yang berlangsung pada Januari. Pada semester Spring, pihak SGA bersetuju menggesa pihak universiti untuk menjadikan latihan anti-perkauman ini sebagai perkara wajib. 

“Pihak univerisiti menolak untuk membayar beliau dengan menyatakan bahawa latihan ini ditaja oleh persatuan, yang mana tidak benar mengikut perjanjian tawar-menawar kolektif,” kata Chelsie Trombly,  pengerusi bersama unit persatuan RA/PM. 

Universiti tidak pernah bersetuju secara langsung untuk membayar perkhidmatan Feraud-King yang menganjurkan latihan tempat kediaman walaupun terdapat perjanjian tawar-menawar kolektif tersebut yang mana latihan itu digariskan dan universiti tidak menentang latihan anti-perkauman ini, menurut Trombly. Surat pengesahan itu “[meminta] pihak universiti berpegang pada perjanjian tawar-menawar tersebut,” kata Trombly

Universiti memberitahu persatuan RA/PM bahawa mereka berasa latihan itu harus ditangguhkan pada hari yang sepatutnya ia diadakan, mengikut Trombly. Persatuan masih meneruskan latihan tersebut kerana kurang penjelasan mengenai penangguhan itu dari pihak universiti, katanya lagi.

“Menolak untuk membayar beliau bagi latihan anti-perkauman itu sebenarnya bersifat perkauman dan saya mahu menjelaskan hal demikian,” kata Trombly. “Ini adalah isu perkauman dari pihak universiti dan ia perlu diperbetulkan.”

Surat tersebut juga meminta universiti berikrar secara terbuka untuk menjadikan latihan anti-perkauman ini wajib kepada semua RA, PM dan kakitangan kanan kediaman.

Beberapa orang ahli senat menyatakan keraguan samada SGA perlu mengundi isu buruh dan berdebat mengenainya. 

“Saya tidak mempunyai masalah berkenaan etika atau moral, tetapi isunya adalah berkenaan buruh,” kata Senator Kyle Kendall. “Kami menandatangani surat yang mewajibkan pembayaran untuk pekerja universiti.. Ahli fakulti ini juga merupakan ahli persatuan, dan inilah fungsi sebuah persatuan.” 

Pihak SGA juga menyokong perlantikan setiausaha pendaftaran baru, Andrew Abramson. Walaupun Abramson tidak mampu untuk hadir ke perjumpaan senat, beliau telah menjawab beberapa soalan daripada ahli senat menerusi emel. Dalam salah satu respons beliau, beliau menekankan beberapa keutamaan beliau adalah untuk berkerjasama dengan kumpulan advokasi di kampus dan membantu untuk memudahkan transisi kepada persatuan pelajar yang baharu. Abramson sebelum ini berkhidmat sebagai setiausaha bawahan bagi pihak polisi universiti.

“Saya menyedari keperluan kerja yang segera dan menyokong tugasan pekerjaan ini,” kata Abramson dalam permohonan beliau. 

SGA juga mengundi untuk mengemaskini Polisi dan Piagam Advokasi Pusat Pendidikan mengenai jumlah ahli yang diperlukan untuk mengisi jawatan di Lembaga tersebut. Menurut usul, CEPA sering gagal untuk memenuhi korum “kerana kesukaran untuk mengkoordinasikan jadual kesemua 18 ahli.” Pihak SGA mengundi untuk mengubah piagam supaya syarat keahlian ditukarkan kepada sekurang-kurangnya 5 pelajar sarjana muda, 2 pelajar sarjana, 4 professional dari universiti, bersama 2 bekas ahli CEPA.

SGA juga melantik Marnie Fitzgerald kepada badan kehakiman dan menjadikan sejumlah tujuh orang anggota kehakiman.

“Saya berasa ini merupakan satu pengalaman yang hebat, saya juga berharap untuk menghadiri sekolah kehakiman selepas graduasi… Saya mencari jalan untuk berbakti kepada UMass,” ujar Fitzgerald.

SGA juga mengundi untuk mengesahkan tiga pesuruhjaya pilihan raya baru: Esha Maewal, Lyric Harris-Whitby dan Jeanne Grutchfield. Perkara tersebut didebatkan pada perjumpaan ahli senat minggu lepas, dan pihak senat telah mencapai keputusan dan mengundi untuk mengesahkan tiga pesuruhjaya pilihan raya baru tersebut. Sebahagian daripada keputusan adalah disebabkan kurangnya penglibatan calon dalam SGA, mengikut timbalan presiden SGA Hayden Latimer-Ireland.

“Antara sebab calon- calon ini diberi peluang adalah kerana mereka kurang penglibatan dalam SGA,” kata beliau. “Saya berasa perkara ini sangat penting untuk memberikan jawatan ini kepada mereka yang tidak terlibat dengan SGA kerana antara perkara yang kami sedang bincangkan sekarang adalah bagaimana untuk mengajak lebih ramai pelajar untuk melibatkan diri dengan SGA.”

Sophia Gardner boleh dihubungi di [email protected] dan diikuti di Twittwe @sophieegardnerr.

Anis Kamarddin adalah penterjemah Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected].

Alif Subardi adalah penyunting Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected].

Leave a Comment
More to Discover

Comments (0)

All Massachusetts Daily Collegian Picks Reader Picks Sort: Newest

Your email address will not be published. Required fields are marked *