Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

A free and responsible press serving the UMass community since 1890

Massachusetts Daily Collegian

University of Massachusetts mempertingkat tindakbalas terhadap coronovirus

Pelajar dinasihatkan untuk tidak melakukan perjalanan antarabangsa
University+of+Massachusetts+mempertingkat+tindakbalas+terhadap+coronovirus

Pada satu sidang akhbar pagi Rabu yang lalu, Gabenor Massachusetts Charlie Baker menggesa pelajar sekolah dan universiti di Massachusetts untuk membatalkan semua perjalanan antarabangsa sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penularan wabak coronavirus atau COVID-19.

Canselor University of Massachusetts Kumble Subbaswamy bersama pemimpin negeri lain dalam penjagaan kesihatan, tindakbalas kecemasan, papan kesihatan awam dan pengajian tinggi telah menghadiri perjumpaan di Boston, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat gabenor.

Di universiti, saranan gabenor telah dilaksanakan. Dua minggu sebelum cuti pertengahan musim bunga UMass dijadualkan, pihak universiti membatalkan semua perjalanan antarabangsa yang akan datang, menasihatkan pelajar agar menangguhkan perjalanan antarabangasa dan menyediakan pilihan bagi pelajar untuk tinggal di kediaman mereka jika rancangan perjalanan mereka terjejas. 

“Bagi ramai dalam komuniti kita, cuti pertengahan musim bunga ialah peluang untuk percutian peribadi domestik dan antarabangsa,” menurut satu emel yang dihantar kepada Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Kehidupan Kampus Brandi Hephner LaBanc. “Dari pelbagai amaran, universiti menegah keras percutian antarabangsa semasa cuti musim bunga ini.”

Setakat 3 Mac, universiti mewajibkan mana-mana pelajar, ahli fakulti atau kakitangan yang baru pulang dari negara yang diisytiharkan sebagai “paras amaran tahap 3” oleh Pusat Kawalan Penyakit untuk kuarantin selama 14 hari dan sehingga bebas dari simptom sebelum kembali ke kampus. Antara negara yang terlibat termasuk China, Korea Selatan, Itali dan Iran. 

Menurut perkembangan Universiti, kuarantin memerlukan orang ramai untuk mengelakkan pengangkutan awam dan kawasan berkumpul termasuk kelas, mengekalkan jarak enam kaki dari orang lain dan mengamalkan tingkah laku yang sihat.

Emel tersebut juga memberi amaran sekatan perjalanan yang baru sementara pelajar berada di luar negara,”menjejaskan keupayaan mereka untuk kembali ke kampus pada masa yang ditetapkan.” Menurut CNN, pentadbiran Trump mengumumkan penambahan sekatan awal minggu ini termasuk menyekat percutian berkaitan dengan Iran. 

Bagi pelajar yang bercadang untuk pelancongan domestik semasa cuti musim bunga, universiti menasihatkan pelajar dalam emel tersebut untuk “meluangkan masa membuat kajian” dan membuat keputusan yang “dirasakan tepat untuk [mereka].”

Dalam emel kepada komuniti kampus Rabu lalu, Subbaswamy menyatakan bahawa universiti “terlibat dalam perancangan luar jangka bagi kesihatan awam dan kesan terhadap akademik berikutan COVID-19 di kampus kita” 

Beliau melantik Kumpulan Kerja Kesediaan Kampus, yang memanfaatkan sumber kampus untuk menempuh cabaran wabak ini. Ahli Kumpulan Kerja Kesediaan Kampus juga telah dibentuk untuk menangani kesan akademik terhadap visa pelajar antarabangsa dan membangunkan “kaedah penyampaian alternatif jika arahan secara bersua muka tidak relevan.”

“Dengan fakulti yang terlibat dalam penyelidikan dan biasiswa di serata dunia, lebih daripada 3400 pelajar antarabangsa berdaftar di kampus, dan program belajar di luar negara yang semakin berkembang, UMass Amherst memilik komitmen yang tinggi untuk terlibat di peringkat antarabangsa,” kata Subbaswamy. “Saya yakin dengan cabaran kita hadapi berkenaan COVID-19 tidak akan mengubah karakter atau komposisi kampus kita dan kita akan menjadi lebih kuat dan tahan lasak selepas mengharungi cabaran ini.” 

Pihak universiti telah menghentikan program belajar di luar negara di China, Korea Selatan dan Itali untuk semester musim luruh sebagai tindak balas terhadap penularan wabak. Di dalam sebuah emel yang dihantar kepada pelajar pada 29 Februari, pengarah pembelajaran di luar negara, Mark Eckman, berkata penggantungan itu dibuat “untuk memastikan kesihatan dan keselamatan [pelajar].” Pelajar diarah untuk pulang selambatnya Jumaat, 6 March. Pihak universiti akan membayar semula kepada pelajar sehingga $500 untuk sebarang penukaran penerbangan yang dibuat dari Itali ke Amerika Syarikat.

“Untuk masih berada di Itali selepas Jumaat, 6 March akan memberi kesan buruk terhadap peluang saya untuk meneruskan pengajian di UMass untuk semester musim luruh 2020, termasuklah insurans dan bantuan kewangan,” tulis emel tersebut.

Angelina Rivera, seorang pelajar tahun kedua jurusan kimia yang belajar di Viterbo, Itali, pulang ke tanah air pada Selasa lalu selepas program beliau dibatalkan. Beliau mengetahui berita tersebut di dalam mesej berkumpulan bersama rakan beliau yang berada di dalam program yang sama sebelum membaca emel rasmi.

“Saya diberitahu bahawa saya perlu meninggalkan Itali secepat mungkin,” kata Rivera. “Jadi saya hanya mempunyai seminggu… untuk mencari tiket untuk pulang, mengemas barang, dan membersihkan apartment saya sebelum meninggalkan semua rakan baharu saya.”

Beliau pada mulanya“terkejut” apabila emel sebelumnya daripada penganjur program menyatakan penularan wabak ini tidak akan menjadi serius dan pelajar tidak perlu berasa bimbang. “Kemudian kami mengetahui bahawa program ini telah dibatalkan dan kami perlu pulang ke negara asal.”

Rivera merasakan perasaan yang bercampur baur untuk pulang ke rumah, kerana beliau gembira untuk bertemu semula dengan keluarga dan rakan-rakan tetapi perlu meninggalkan rakan baharu daripada program dan daripada Itali. “Saya tidak berada di Itali selama 2 bulan sebelum saya diperintahkan untuk pulang ke Amerika,” kata beliau.

Program tempatan yang disertai Rivera kini berusaha untuk mengadakan kelas atas talian, dan beliau menambah bahawa UMass menawarkan untuk memberi penginapan di kampus sekiranya perlu. Rivera, yang kini sedang kuarantin diri sendiri, memilih untuk tinggal di rumah.

Di Beverly, Massachusetts., Krista Camara, seorang pelajar tahun ketiga jurusan gangguan komunikasi yang belajar di Florence dan pulang pada Isnin, 2 Februari lalu, berkata kuarantin diri sendiri ini membuatkan beliau berasa “gila” sambil beliau menunggu keputusan universiti untuk membenarkan beliau mengambil kelas atas talian.  

Camara dan ibubapa beliau telah membuat keputusan untuk pulang sebelum program beliau digantung oleh sebab sekolah lain telahpun menberhentikan program mereka. Beliau berkata beliau kini “cuba untuk menyesuaikan diri semula” dan bercadang untuk mencari kerja separuh masa yang baharu atau memulakan pekerjaan musim panas lebih awal.

“Perkara ini sangat menghampakan, bukan sahaja kami telah merancang untuk berjalan selama 4 bulan dan menerokai budaya baru, tetapi juga kerana kami tidak mempunyai jaminan untuk mendapatkan balik duit kami dan kami kini melakukan perkara yang sebaliknya daripada apa yang telah kami rancangkan untuk semester ini,” kata Camara. “Kebanyakan daripada kami pulang ke rumah keluarga untuk baki semester ini, dan mengambil kelas atas talian untuk memenuhi syarat kredit kami.”

“Perkara yang paling teruk sekali adalah kami tidak boleh kembali ke UMass,” tambah Camara. “Kesemua rakan kami sedang berada di universiti masing-masing jadi untuk tinggal di kampung halaman buat masa ini adalah satu perasaan yang pelik.”

“Saya mempunyai banyak cadangan untuk berjalan di Itali dan Eropah yang tidak akan dapat saya lakukan,” tambah Rivera. “Saya berasa kecewa kerana saya tidak dapat menikmati sepenuhnya pengalaman belajar di luar negara. Tetapi saya juga memahami ini adalah pilihan yang terbaik buat masa ini kerana virus ini semakin serius di Itali… Saya cuma berharap agar perkara ini tidak berlaku semasa saya sedang belajar di luar negara.”

Kathrine Esten boleh dihubungi di [email protected] dan diikuti di Twitter di @KathrineEsten

Anis Kamarddin adalah penterjemah Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected]

Alif Subardi adalah penyunting Bahasa Melayu dan boleh dihubungi di [email protected]

Leave a Comment
More to Discover

Comments (0)

All Massachusetts Daily Collegian Picks Reader Picks Sort: Newest

Your email address will not be published. Required fields are marked *